Hold on, apa itu skin barrier?
Istilah skin barrier sering disebut, namun masih ramai yang kurang memahami peranannya yang sebenar.
Skin barrier atau lapisan perlindungan kulit, ialah lapisan paling luar kulit yang berfungsi sebagai benteng pertahanan utama daripada ancaman luar seperti pencemaran, bakteria, bahan kimia, serta perubahan cuaca.

Pada masa yang sama, ia membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit dengan menghalang kehilangan air berlebihan.
Apabila skin barrier berada dalam keadaan sihat, kulit akan kelihatan lembap, anjal, tenang dan kurang bermasalah.
Namun, penggunaan produk yang terlalu agresif, over-exfoliation, pendedahan matahari tanpa perlindungan, serta rutin skincare yang tidak seimbang boleh melemahkan fungsi skin barrier tanpa disedari!
Jadi, bagaimana untuk mengetahui sama ada skin barrier anda sedang “menjerit” meminta bantuan? Ini 5 tanda lapisan perlindungan kulit anda mungkin sedang rosak dan perlu diberi perhatian segera.
1. Kulit terasa pedih, panas atau menyengat
Jika kulit anda sering terasa pedih atau menyengat walaupun hanya menggunakan produk asas seperti pencuci muka atau pelembap, ini adalah salah satu petunjuk paling jelas skin barrier telah terjejas. Kulit yang sihat sepatutnya mampu menerima produk tanpa rasa tidak selesa. Apabila lapisan perlindungan rosak, bahan aktif akan lebih mudah menembusi kulit dan menyebabkan iritasi.
2. Kulit sangat kering walaupun sudah guna pelembap
Kulit yang kehilangan fungsi skin barrier akan gagal mengekalkan kelembapan. Akibatnya, kulit terasa kering, tegang atau mengelupas walaupun anda sudah menggunakan pelembap secara konsisten. Ini dikenali sebagai transepidermal water loss (TEWL), iaitu keadaan di mana air dalam kulit menguap dengan cepat kerana lapisan perlindungan tidak lagi berfungsi dengan baik.
3. Kemerahan & kulit mudah sensitif
Kemerahan, ruam ringan, atau kulit yang mudah sensitif akibat perubahan suhu, cuaca panas, atau habuk adalah tanda bahawa kulit anda tidak lagi mempunyai pertahanan yang kuat. Ini sering berlaku walaupun anda tidak menukar produk atau rutin skincare.
4. Kulit tiba-tiba berjerawat atau breakout tidak menentu
Ramai tidak sedar bahawa jerawat juga boleh menjadi tanda skin barrier rosak. Apabila lapisan pelindung lemah, bakteria dan kotoran lebih mudah memasuki kulit, sekaligus mencetuskan jerawat dan breakout berulang. Dalam keadaan ini, penggunaan produk anti-jerawat yang terlalu kuat boleh memburukkan lagi keadaan.
5. Produk skincare yang biasa digunakan tiba-tiba ‘tak serasi’
Jika produk yang sebelum ini sesuai dan tidak pernah menyebabkan masalah tiba-tiba membuatkan kulit anda menjadi sensitif, gatal atau pedih, ini adalah isyarat jelas skin barrier anda sedang bermasalah. Kulit yang sihat biasanya konsisten dalam menerima produk, manakala skin barrier yang rosak menjadikan kulit sangat reaktif.
