Ada antara kita yang tidak boleh jika tidak pakai mekap walau sekadar ke Giant untuk membeli barang dapur. Ada juga yang gemar memakai foundation setebal yang boleh demi menutup cela pada wajah. Alahai kesiannyalah muka kamu, tak sempat bernafas dah di litupi hampir setiap hari.
Gambar: lorealparisusa.com
Mengapa mekap yang tebal tidak elok untuk wajah?
- Kulit wajah sukar bernafas
- Mengundang pertumbuhan jerawat kerana kulit tidak sihat
- Bakteria mudah merebak keserata kulit wajah menyebabkan kulit akan mnejadi kering dan kusam
Jadi bagi mengelakkan hal ini berlaku, pastikan kulit wajah dibersihkan dengan sebersihnya dan sangat penting untuk mengenakan penyegar sebelum mengoles mekap pada wajah.
Gambar: liveacolourfullife.wordpress.com
Tip: Gunakan pembersih mekap berasaskan minyak bagi memadam mekap yang tebal dan jangan lupa untuk mencuci muka sebersihnya selepas itu.