Apa itu Microbiome
Tahukah anda apa itu microbiome kulit? Memandangkan kulit adalah organ terbesar pada badan kita, jadi ia punyai mikroorganisma yang menetap pada kulit. Dan mikroorganisma itu dipanggil microbiome. Fungsinya amat penting dalam mengekalkan kulit yang sihat dan sempurna dengan membentuk eko-sistem. Dengan itu AsterSpring melancarkan satu rawatan kulit yang mampu memperbaiki microbiome kulit dengan memperkukuhkan keseimbangannya. AsterSpring Soothing and Rebalancing Therapy ini menggunakan teknologi terkini dan formula yang didatangkan khas dari Perancis serta Amerika.
Tried & Tested!
Pengarang Kecantikan EH!, mencuba sendiri rawatan ini untuk mengalami perubahan kulit yang lebih mulus sempurna. AsterSpring Soothing and Rebalancing Therapy ini bermula dengan cucian wajah dua kali disusuli dengan pengelupasan dan extraction untuk meyediakan kulit. Tiga bahan utama dalam rawatan ini dioleskan pada wajah dalam bentuk semburan dan serum iaitu:
Botanic Calm Complex – Untuk mengurangkan kemerahan dan iritasi. Menjadikan kulit terasa lega dan melindunginya dengan bahan anti-oksida yang kuat.
EquapH Complex – Untuk merangsang kelembapan kulit
Synbiotics Complex – Prebiotik dan probiotik untuk mengimbangkan microbiome kulit.
Untuk hasil yang maksimum, pengalaman rawatan ini hadir dengan dua sesi semburan oksigen teknologi nano untuk penyerapan dan penghidratan sebanyak sembilan kali ganda. Rawatan ini juga mengandungi aplikasi pupur oatmeal yang menenangkan bersama urutan dengan teknik signatur AsterSpring. Seperti biasa rawatan diakhiri dengan pemakaian penyegar, pelembap dan SPF bagi melindungi kulit. Rawatan ini digalakkan untuk diteruskan selama tiga bulan dalam 15 hari sekali. Kesannya selepas sesi rawatan? Ia ternyata menyuntik kesegaran pada kulit dan mengurangkan rengsaan kulit saya memandangkan saya mempunyai kulit sensitif. Kemudian saya meneruskan rejim penjagaan kulit di rumah menggunakan produk Dermalogica, dan ternyata ia membantu. Kesan extraction juga makin berkurangan selepas 24 jam!
Siapa yang memerlukan rawatan ini?
Bermula dari usia 20-an hingga 50an, semuanya patut mendapatkan rawatan ini. Kerana pada setiap peringkat usia berbeza, anda akan mengalami masalah kulit yang berbeza. Namun ada satu persamaan dalam solusinya iaitu memperbaiki keseimbangan microbiome dengan melakukan rawatan AsterSpring Soothing and Rebalancing Therapy!
Rawatan yang mengambil masa selama 62minit ini berharga:
AsterSpring Centre RM 468
AsterSpring Signature Centre RM 498