Siti Nurhaliza, Ning Baizura serta Maya Karin adalah antara wajah yang pernah menghiasi jenama besar produk kecantikan seperti Maybelline, Olay dan L’Oreal Paris. Kini giliran bintang baru pula yang dipilih untuk menjadi ikon kecantikan generasi ini.
1. IZARA AISHAH – Shiseido
Memulakan perjalanan karier dengan menyertai pertandingan Dewi Remaja, Izara Aishah berjaya menyandang tempat ke-2. Titik tolak dari kemenangan itu, kerjayanya mekar ke bidang lakonan pada tahun 2011. Menerusi drama bersiri Vanila Coklat, namanya melonjak naik di kalangan industri hiburan tanah air.
Mempunyai personaliti yang tersendiri, Izara disunting oleh Shiseido bagi menjadi duta produk mereka iaitu Shiseido Ultimune Antara bakat baru yang sentiasa fokus dalam meningkatkan potensinya, dia dipilih kerana dedikasi, keyakinan, aura serta kecantikannya. Serum Ultimune memberi perhatian kepada imuniti kulit dan membangkitkan kuasa aktif kulit yang berpotensi untuk memaksimumkan kecantikan kulit.
Sebagai duta produk ini, Izara turut berkongsi pengalamannya menggunakan Ultimune yang bertekstur ringan dan mempuyai aroma yang santai bertenaga. Selain itu, Izara mengakui kulitnya berasa seperti dicaj semula, lebih lembut, halus dan lembap. Selain lebih berseri, Izara juga dapat merasakan kulit wajah bertambah anjal dan kuat untuk mengharungi gaya hidupnya yang sentiasa sibuk dengan sesi penggambaran dan jadual masa yang tidak menentu.
2. LISA SURIHANI – The Body Shop
Nama yang tidak asing lagi di dunia hiburan tempatan, Lisa Surihani memulakan kariernya sejak kecil lagi sebagai model iklan. Pernah muncul dengan iklan Ovaltine dan McDonalds, Lisa kemudiannya berlakon watak sampingan dalam filem arahan Bernard Chauly iaitu Goodbye Boys. Kini, dia dikenali dengan filem romantik seperti Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu dan Istanbul Aku Datang.
Populariti serta kecantikan yang dimilikinya membuatkan Lisa Surihani sering dilantik menjadi duta produk kecantikan antaranya Garnier dan Lip Ice. Kini, dia merupakan duta pertama yang dilantik oleh jenama The Body Shop setelah 30 tahun berada di pasaran. Memiliki kulit wajah yang putih dan halus serta personaliti yang mudah mesra dan lemah lembut, dia turut digelar sebagai “Malaysia’s Sweetheart”. Kempen pertama Lisa bersama The Body Shop adalah Moisture White Shiso 2 in 1 Brightening Eye Cream yang merupakan antara produk dalam rangkaian Moisture White Shiso.
3. HANIS ZALIKHA – Safi Balqis
Haniz Zalikha boleh dikategorikan sebagai sebuah cerita kejayaan zaman teknologi moden di mana dia menempa nama menerusi blog peribadinya. Dengan gaya teknik penulisan santai yang diselang-seli dengan personaliti lucu, blog Hanis mencuri perhatian dan menjadi antara yang paling dilawati seterusnya menyenaraikannya dalam antara pencarian Google paling tinggi pada tahun 2010.
Hanis seterusnya melangkah setapak lagi dengan memulakan karier sebagai pengacara televisyen dan lakonan. Bukan sahaja dikurniakan wajah yang cantik, tetapi juga beauty with brain dimana dia mendapat Anugerah Terbaik Pelajar Bisnes semasa graduasi yang lalu.
Kini dia menjadi duta bagi rangkaian produk White Trilogy Safi Balqis. Berpesonaliti riang dan menarik, Hanis Zalikha melambangkan keyakinan serta keayuaan diri sesuai dengan jenama Safi Balqis itu sendiri.