Memilih sikat rambut bukan sekadar soal gaya, tetapi soal kesihatan helaian rambut anda. Dengan memahami jenis rambut dan memilih alat yang tepat, anda bukan sahaja boleh mengelak kerosakan, malah memudahkan rutin harian dan menambah seri pada rambut. Ingat, rambut yang cantik bermula dari asas yang betul dan sikat anda adalah salah satunya.
Bila bercerita tentang penjagaan rambut, kita selalu beri perhatian pada syampu, perapi, dan serum terbaik. Tapi bagaimana pula dengan sikat? Alat kecil yang sering dianggap remeh ini sebenarnya boleh jadi kunci utama kepada rambut yang sihat, licin dan bebas kusut. Malah, pemilihan sikat yang salah boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur dan merosakkan helaian dari akar hingga ke hujung.
Setiap jenis rambut perlukan jenis sikat yang berbeza. Apa yang sesuai untuk rambut lurus mungkin tidak mesra dengan rambut kerinting, dan begitu juga sebaliknya. Tak perlu pening EH! bantu anda pilih sikat yang paling serasi dengan tekstur dan keperluan rambut anda.
1. Paddle Brush Untuk Rambut Lurus & Halus
Jika rambut anda lurus dan halus, paddle brush adalah pilihan terbaik. Reka bentuknya yang lebar dan rata membantu menyikat rambut dengan cepat tanpa menarik atau memutuskan rambut. Ia juga sangat sesuai untuk mengurangkan kusut dan menambah kilauan.
2. Wide-Tooth Comb Untuk Rambut Tebal & Panjang
Rambut tebal dan panjang mudah kusut terutamanya selepas mencuci. Gunakan sikat bergigi jarang ketika rambut masih lembap untuk mengelakkan kerosakan. Ia membantu meleraikan rambut tanpa memberi tekanan pada akar.
3. Denman Brush Untuk Rambut Kerinting
Untuk rambut kerinting, elakkan sikat biasa yang boleh merosakkan corak ikal semula jadi anda. Pilih Denman brush atau gunakan ‘finger combing’ untuk bantu bentuk keriting tanpa menyebabkan frizz. Gunakan semasa rambut basah bersama leave-in conditioner untuk hasil lebih kemas.
4. Soft Bristle Brush Untuk Rambut Nipis
Jika rambut anda mudah gugur, pilih berus dengan bulu lembut seperti bristle brush. Ia membantu merangsang kulit kepala dan mengagihkan minyak semula jadi dari akar hingga hujung rambut tanpa memberi tekanan berlebihan.
5. Round Brush Untuk Styling
Sikat bulat ini sesuai digunakan semasa blow-dry untuk memberikan volume, bentuk dan gaya pada rambut. Sesuai untuk rambut sederhana hingga panjang yang mahu tampak lebih volume dan bouncy.
Artikel Berkaitan: Trend Rambut Pendek Kembali! Ini Selebriti yang Mencuri Tumpuan