Pembaca EH! ratanya sebulat suara memilih Chanel Rouge Coco Baume sebagai pemenang bagi kategori Glos Bibir Pilihan di EH! Beauty Awards tahun ini. Hadir dalam bentuk gincu namun tekstur dan kemasannya membuat bibir tampak lembap sihat.
Berapa banyak gincu, glos, balsam bibir yang wanita perlukan? Who’s counting? Walaubagaimanapun sejak glos bibir pilihan ini muncul di dalam hidup kami, ia mungkin satu-satunya yang kami perlu! Exterior serba putih yang chic dan bergaya, Rouge Coco Baume menampilkan formula yang selesa dan melembapkan, menggabungkan fungsi solekan dan penjagaan bibir, menawarkan penampilan bibir yang semula jadi menawan dengan warna lembut ataupun terang.
Rouge Coco Baume dikuasakan oleh formula yang diperkayakan dengan minyak yang, menggabungkan manfaat buah zaitun dan daunnya. Kaya dengan antioksida, ia digandingkan dengan rumusan Hydra Boost (mentega shea dan trio lilin berasaskan tumbuhan) yang terdapat dalam keseluruhan rangkaian Rouge Coco. Bibir menjadi lembut, tidak kering dan selesa hari demi hari.
Sebagai pelembap bibir atau gincu, balm ini memberikan efek warna lembut serta nipis dengan sekali olesan. Tambah beberapa olesan lagi anda akan melihat warna yang lebih terang dan menyerlah dengan kemasan semi matte. Anda bebas menentukan mood bibir anda dengan lapisan warna yang buat bibir segar atau keanggunan seperti memakai gincu.
Tersedia dalam tujuh pilihan warna termasuk satu warna neutral, Dreamy White yang boleh anda gunakan sebagai penjagaan bibir harian. Jadi anda hanya perlu Rouge Coco Baume atau seribu gincu dan pewarna bibir lain?
Miliki Rouge Coco Baume
DI SINI