Rangkaian Scalp Advanced dari L’Oréal Professionnel menjadi pilihan Anzalna Nasir, Puteri Aishah dan Raysha Rizrose dalam menjaga kulit kepala dan menghindar dari masalah rambut gugur. Mengapa rangkaian ini jadi pilihan? Kerana ia dikuasakan dengan bahan aktif dermatologikal lantas menjadikan rangkaian ini cukup efisien.
Ramai orang sering terlupa yang rambut yang tebal dan lebat semuanya bermula dari kulit kepala yang bersih dan sihat. Kita sering fokus kepada helaian rambut sampai terlupa sebenarnya kulit kepala yang perlu diutamakan hal penjagaannya.
Kulit kepala yang bersih, yang liangnya tidak tersumbat dek peluh, minyak dan sebum penting agar rambut boleh tumbuh dengan sihat. Jika liang-liang ini tidak dibiarkan ‘bernafas’ masakan boleh rambut boleh tumbuh. Setiap satu liang sepatutnya memiliki berhelai-helai rambut.
L’Oréal Professionnel mahu anda memiliki produk yang boleh digunakan di rumah dalam rejim anda menjaga kesihatan kulit kepala. Label penjagaan rambut tersohor ini memperkenalkan rangkaian Scalp Advanced yang mana produk-produknya mendapat sentuhan bahan aktif dermatologikal yang lazimnya digunakan di dalam penjagaan kulit khususnya dalam membersih dan cucian yang lebih mendalam.
Rangkaian Scalp Advanced ini menumpukan kepada tiga isu kulit kepala utama iaitu yang pertama menyamankan kulit kepala yang sensitif, membersih kulit kepala yang berminyak dan akhir sekali masalah kelemumur dan kulit kepala kering.
Hasil kajian L’Oréal Professionnel seramai 67 peratus penduduk dunia berhadapan dengan isu kulit kepala.
Dan menurut penyelidikan mereka juga ada tiga isu kulit kepala yang dialami iaitu ketidakselesaan kulit kepala yang mana ia kering atau berminyak membuatkan kulit kepala berasa gatal.
Atau ada juga yang mengalamai masalah kulit kepala berminyak, yang mana isu ini boleh jadi disebabkan oleh cuaca, keadaan persekitaran dan juga perubahan hormon. Ketiga ialah masalah kulit kepala berkelemumur.
EH! mengundang tiga selebriti terkenal, Puteri Aishah, Anzalna Nasir dan Raysha Rizrose untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan produk-produk dari rangkaian Scalp Advanced dari L’Oréal Professionnel. Setiap seorang dari mereka diberikan peluang mencuba produk berbeza mengikut kesesuaian mereka.
Rangkaian Anti-Oiliness Untuk Anzalna Nasir
Cuaca yang panas-lembap sebenarnya membuatkan kulit kepala mudah berminyak terutamanya buat wanita berhijab. Kulit kepala mesti dijaga bersih untuk mengelakkan isu-isu berkait kulit kepala dan rambut gugur. Selain pemilihan fabrik tudung yang bertepatan (yang membuat kepala berasa selesa dan bernafas), cara penajgaan kulit kepala dan rambut juga sangat mustahak.
Ada dua produk dari rangkaian Scalp Advanced yang menjadi pilihan aktres jelita ini. Pertama Scalp Advanced Anti-Oiliness Shampoo. Syampu ini mengandungi 3 peratus AHA yang membersih kulit kepala dengan sempurna. Syampu ini bertekstur ringan dan membersihkan kulit kepala dari minyak dan sebum.
Produk kedua pula, Anzalna gunakan Anti-Oiliness 2-in-1 Deep Purifier Clay, ia mengandungi 6 peratus clay dan berkesan dalam membersihkan kulit kepala dari minyak dan kotoran peluh dengan mendalam.
Menariknya produk ini ada dua cara untuk menggunakannya. Pertama boleh dijadikan sebagai pupur rambut dan dibiarkan selama tiga ke lima minit. Atau bagi anda yang mempunyai masalah kulit kepala berminyak atau berkelemumur, boleh jadikan ia sebagai langkah pengelupasan lembut, kemudian barulah rambut dibersihkan menggunakan syampu.
Rawatan Serioxyl Advanced Anti-Hair Thinning Treatment Buat Puteri Aishah
Rambut yang kerap didandan dengan pelbagai produk termasuklah penggunaan hair tools berhaba panas membuatkan rambut lemah dan mudah putus, yang akhirnya menyebabkan rambut menipis dan gugur. Dan sebagai pelakon rutin mendandan rambut ini tidak dapat dielakkan. Rambut yang diikat sepanjang hari juga boleh menjadi salah satu punca mengapa rambut gugur terutamanya pada bahagian hairline.
EH! membawa Puteri Aishah ke Eightdays Salon yang terletak di IPC untuk mencuba sendiri rawatan L’Oréal Professionnel Serioxyl Advanced Anti-Hair Thinning Treatment. Rawatan ini juga boleh dilakukan di salon-salon L’Oreal Professionnel yang lain.
Rawatan ini dilengkapi empat langkah, dari mencuci menggunakan Serioxyl Advanced Purifier & Bodifier Shampoo, yang mana syampu ini mengandungi magnesium demi memastikan kulit kepala dibersih dengan sempurna.
Kemudian rambut dimanjakan dengan Scalp Advanced 2-in1 Deep Purifier Clay, yang mana langkah ini untuk membersihkan kulit kepala dari minyak dan sebum. Ia mengandungi 6 peratus clay yang mana langkah ini akan mengurangkan 78 peratus sebum di kulit kepala.
Langkah seterusnya ialah urutan kepala menggunakan Scalp Advanced Intense Soother Treatment. Teksturnya bagaikan jeli, membuatkan kulit kepala terasa soothing, berangin dan rambut juga tidak kusut. Gunakannya seperti penggunaan pupur rambut, biarkan selamat empat minit kemudian barulah dibilas.
Untuk rambut yang lebih lebat dan volum, rawatan ini diakhiri dengan Serioxyl Advanced Denser Hair Serum. Serum ini dimewahkan dengan 5 peratus stemoxydine dan juga resveratrol untuk memastikan sel tunjang berfungsi dalam memastikan kitaran pertumbuhan rambut dengan memperbaiki pembaharuan folikel rambut.
3 Langkah Raysha Rizrose Untuk Kulit Kepala Sihat & Rambut Lebat
Saya lihat Raysha tampil berseri-seri sejak mendirikan rumah tangga awal tahun ini. Lagi satu yang menarik perhatian saya ialah warna rambutnya yang keperangan dalam ton copper. Rambutnya tambah menyerlah bila didandan sempurna.
Ada tiga step yang diamalkan oleh Raysha untuk memastikan kulit kepalanya sentiasa sihat dan rambutnya kekal lebat. Raysha menggunakan rangkaian L’Oréal Professionnel Serioxyl Advanced yang mana dimulakan dengan langkah mencuci dengan Anti-Hair Thinning Shampoo. Syampu ini mengandungi magnesium dan ia juga bebas alkohol dan silikon.
Untuk membuatkan kulit kepala terasa soothing dan rambut juga tak kusut, Raysha mengurut kepala dengan Anti-Discomfort Intense Soother Treatment, yang mana ia mengandungi niacinamide. Hasil kajian L’Oréal Professionnel, 83 peratus dari individu yang sudah mencuba produk ini bersetuju ia membuatkan kulit kepala berasa lebih selesa.
Akhir sekali Raysha gunakan Serioxyl Advanced Denser Hair Serum yang mana kesan rambut yang lebih lebat dapat dilihat dalam enam minggu. Bahagikan rambut kepada empat bahagian dan semburkan serum ini pada kulit kepala (enam semburan setiap bahagian). Kemudian stailkan rambut seperti biasa.
Anda boleh dapatkan kesemua produk dari rangkaian Scalp Advanced ini di stor rasmi L’Oréal Professionnel di Lazada.
BACA: 9 Selebriti Wanita Yang ‘Hot’ Dengan Gaya Rambut ‘Skinhead’