Sertai Dior Beauty dan EH! dalam satu livestream eksklusif yang bakal mendekatkan anda dengan gincu ikonik, Dior Addict dan anda berpeluang menerima bingkisan istimewa dari Dior.
Sempena menyambut kedatangan rangkaian gincu Dior Addict yang baharu, Dior Beauty bakal melangsungkan livestream istimewa bersama dua bintang masa kini, Daiyan Trisha dan Jasmine Suraya. Menariknya livestream yang bakal berlangsung pada 29 Mac 2022 ini, anda bakal dikongsikan dengan langkah demi langkah riasan wajah menggunakan rangkaian alat solek Dior yang akan direalisasikan oleh jurusolek Dior, Zaidi pada wajah dua bintang undangan ini.
DIOR BEAUTY LIVE with DAIYAN TRISHA & JASMINE SURAYA
29 Mac 2022, Selasa
9.00pm
GODAAN DIOR ADDICT
Dior Addict punya sejarah yang agak panjang dalam kembara riasan Dior. Ia antara rangkaian gincu yang berimej fun dan chic disebalik kemewahan jenama Dior itu sendiri. Kemasannya bersinar dan Dior mahu kalian yang menggayakannya menjadikan Dior seperti aksesori fesyen.
Dior Addict yang baharu ini dicipta menggunakan 90 peratus bahan asli dan tampil dalam bekas cukup istimewa dengan sentuhan couture. Tambah istimewa kini anda boleh mempelbagaikan bekas dan warnanya, menyuai padan warna Dior Addict kesukaan (isian semula) dengan bekas yang berbeza. Kali ini Dior berikan tiga pilihan iaitu bekas metalik perak, kemasan cannage dalam kelongsong gincu merah samara tau balutan denim dalam ton indigo.
Formula menggunakan lilin bunga melati yang dimewahkan dengan bahan pelembap menjadikan gincu ini punya kemampuan untuk melembapkan bibir 24 jam. Bagi anda yang gemarkan efek vinyl (berkilat), inilah barisan gincu yang seiring dengan kehendak anda.