Dior Forever kembali dengan formula baharu serta dua kemasan, dan Natalie Portman masih kekal sebagai wajah rasminya.
Selepas 15 tahun kemunculannya di pasaran, bedak asas ikonik Dior Forever sudah dinaik taraf dengan pelbagai formula. Dior mahu semua wanita di segenap pelusuk bisa menikmati kanvas wajah yang tampak mulus dan semula jadi biarpun dikaburi dengan solekan.
Tahun ini Peter Philips, pengarah kreatif imej dan warna Dior Makeup mahu sesiapa yang mengoles Dior Forever pada wajah bukan sahaja disajikan dengan kecantikan zahir namun dalaman kulit juga disuapkan dengan manfaat sama seperti memakai produk penjagaan kulit.
Sememangnya Dior Forever yang dilancarkan apda 2007 dicipta dengan hasrat mahu membelai kulit dengan kebaikan seperti produk penjagaan kulit dan digabungkan dengan warna-warna solekan.
APA ISTIMEWANYA DIOR FOREVER YANG BAHARU?
Menurut Peter Philips, kehebatan bedak asa yang baharu ini terletak pada formulanya yang mampu bertahan dalam cuaca yang panas-lembap, ia juga bisa melindungi kulit dari kelihatan lesu dan hilang maya akibat stress mahupun keletihan. Bedak asas ini mampu bertahan dalam cuaca panas yang mencecah 33 darjah selsius.
Dior mengguna pakai ekstra bunga-bungaan untuk menyempurnakan formula bedak asas ini. Antara kuntuman yang menjadi suntingan rumah fesyen Paris ini ialah bunga pansy, iris dan nasturtium. Ekstrak bunga iris misalnya bagus sebagai pelindung kulit dari pancaran sinar UV.
Inovasi Dior Forever masih mengekalkan keaslian objektifnya yang mahu setiap olesan bagaikan kulit kedua, membuatkan yang memakai berasa selesa.
Dior Forever hadir dengan dua varian yakni Dior Forever untuk kemasan pusam, dan bagi yang mahukan sesuatu dengan efek glowing, bersinar disarankan mencuba Dior Forever Glow Skin.
Dior Forever mampu bertahan selama 24 jam tanpa kesan lekat. Formula yang baharu ini memastikan wajah kelihatan mulus dan lebih sekata. Ia turut punya efek yang menyamarkan ketidaksempurnaan kulit.
Manakala Forever Skin Glow pula membuatkan kulit lebih berseri dan ‘dalamannya’ kekal hidrat sepanjang hari. Saintis DIor menambah minyak di dalam bedak asas ini untuk efek kilat dan kulit yang terlihat dihidrat sempurna.
Bedak asas DIor Forever sudah menghiasi rak-rak di butik kecantikan Dior dan juga boleh dibeli secara dalam talian di SINI!