EH! pilihkan anda lima pemerah pipi yang paling kami suka bulan ini, dan kami mahu anda cuba. Pasti ada satu yang anda suka!
Nudestix Nudies Matte Blush in Picante, RM145
Pernah menjadi item edisi terhad pada tahun lalu, kini pemerah pipi dalam bentuk stik yang menyaksikan kolaborasi Nudestix bersama Allana Davison kembali. Warna pemerah pipi kejinggaan ini diinspirasikan daripada pengalaman Allana sewaktu berpergian ke Mexico. Tidak hanya untuk pipi, stik pelbagai guna ini juga boleh dicalit sebagai gincu dan pembayang mata.