Bibian Leong antara pendandan rambut yang sudah lama berkongsi khidmat untuk mana-mana penggambaran EH! Sebelum ini. Dari masih bujang sampailah sudah memiliki cahaya mata, khidmatnya terus disenangi kami. Berbanding dengan Bibian, Kevin boleh dikira masih hijau dalam dunia editorial. Namun itu bukan satu kekurangan kerana hasil kerjanya kemas dan seiring arus trend semasa. Lantas menjadikan dia antara jurusolek era baru yang mendapat perhatian. Dia menjadi favourite selebriti termasuklah Daiyan Trisha.
Model campuran Perancis, Lycia menjadi pilihan Bibian dan Kevin untuk menterjemah ilham mereka. Bibian mencipta gaya updo dengan detil pintalan dan diperindah dengan tatahan batu. Kevin mengekalkan identitinya, gaya kening yang ‘perfect’ and bushy dan permainan highlighter dan glitter yang cukup berkilau. Ikuti temubual istimewa EH! bersama dua figura penuh seni ini.
BIBIAN LEONG
Tiga perkataan yang mendefinisi stail dandanan kamu?
Bersahaja!
Apakah identiti dandanan kamu?
Semestinya gaya rambut sleek.
Apakah tiga produk atau item yang mesti ada di dalam kit kerja kamu?
Berus rambut yang besar, penyembur rambut strong hold dan juga peranti pelurus rambut.
Siapakah selebriti yang kamu fikir ada stail rambut yang menarik?
Zendaya. Dia sering bertukar-tukar gaya rambut.
Apakah trend dandanan kesukaan kamu?
Saya sukakan trend potongan wolf atau mullet.
Trend yang kurang berapa disukai?
The shaved or faded sides.
Biasanya dari mana kamu mendapat inspirasi?
Biasanya dari gaya di pentas peragaan dan juga Pinterest.
Apakah cara kamu meraikan small wins?
Menikmati makanan dan minuman yang saya suka.
Apakah konsep atau mesej yang mahu disampaikan menerusi dandanan kamu untuk penggambaran ini?
Mesejnya ringkas, ‘I can be cool too!’.
Ucapan istimewa sempena ulang tahun EH! ke-25?
Tahniah EH! atas keraian ulang tahun yang ke-25. One more year older!
KEVIN LEE
Tiga perkataan mendefinisi stail solekan kamu?
Kening, bulu mata dan penggaris mata.
Apakah identiti solekan kamu?
Saya boleh katakan bushy eyebrows dan juga penggunaan glitter.
Apakah tiga produk atau item yang selalu ada di dalam beg mekap?
Beauty blender, penyembur wajah (face mist) dan juga highlighter.
Siapa kanvas kesukaan kamu dan mengapa?
Tiada, kerana bagi saya setiap orang mempunya keunikan yang mendefinisi kecantikan tersendiri.
Apakah trend solekan kesukaan kamu?
Untuk tahun ini saya sukakan gaya pemerah pipi yang lebih variasi.
Trend solekan yang kurang digemari?
Kontur yang terlalu pekat dan kontra serta gaya solekan mata cut crease kerana pada saya ia tak kelihatan natural dan kurang sesuai untuk semua.
Dari mana selalunya inspirasi kamu datang?
Inspirasi saya majoritinya datang dari melihat hasil kerja jurusolek global.
Bagaimana kamu meraikan small wins?
Memanjakan diri dengan penjagaan diri atau membeli sesuatu yang sudah lama saya idamkan.
Apakah mesej atau konsep yang disampaikan menerusi solekan yang kamu ciptakan untuk EH! Beauty Council?
Happy, girly and sparkly!
Ucapan istimewa sempena ulang tahun EH! ke-25?
Pertama sekali terima kasih buat EH! yang membuka platform untuk semua jurusolek dan pendandan berkarya, semoga EH! terus bertahan 25 tahun lagi.
Tonton video interviu bersama Bibian, Kevin & Lycia di bawah:
BACA: EH! Beauty Council, Interviu Bersama Cody Chua dan Syed Faizal