Syed Faizal dan Cody Chua, dua figura belakang tabir kecantikan dan fesyen yang tidak lagi perlukan apa-apa pengenalan. Orang-orang industri memang mengenali keduanya. Cody misalnya memang sering saja menjadi top list dalam nama-nama pendandan pilihan selebriti mahupun kempen-kempen fesyen. Syed Faizal pula memang gah dalam dunia solekan khususnya menjadi pilihan ramai pengantin dari pelbagai kelompok termasuk VIP mahupun kerabat, sampai ke Brunei dia berkelana untuk merias wajah kliennya. Melihatkan portfolio kedua-duanya, adalah mustahil untuk tidak memilih dua nama ini sebagai EH! Beauty Council 2024.
Memilih Athina Kamrudin sebagai kanvas pilihan, Syed an Cody menerapkan cerita tersendiri menerusi karya mereka. Objektifnya mahu menonjolkan dua sisi dalam solekan. Satu, yang bersifat sederhana, yang cantik dan menyelesakan. Manakala di satu lagi sudut, mereka mahu menonjolkan gaya yang lebih avant garde dan edgy. Ikuti temubual ringkas EH! bersama Cody Chua dan Syed Faizal.
CODY CHUA
Tiga perkataan yang mendefinisi stail dandanan kamu?
Kemas, detil dan malar segar.
Apakah identiti dandanan kamu?
Sesuatu yang kemas dengan sedikit sentuhan istimewa sebagai detil.
Apakah tiga produk atau item yang selalu ada di dalam kit kerja kamu?
Wax stick, penyembur rambut dan juga roots touch up.
Siapakah selebriti yang kamu fikir ada gaya dandanan yang menarik?
Scha Alyahya selalu terbuka mencuba dandanan yang adventurous. Gaya potongan bob dengan fringe antara my all time favourite.
Apakah trend dandanan kesukaan kamu?
Gaya ciut (ponytail) adalah kesukaan saya. Ia bagaikan mengeluarkan aura seseorang.
Bagaimana pula yang tak berapa disukai?
Potongan berlapis-lapis (layer) tidak sesuai dengan orang Asia. It’s always a big no no for me. Ia menyebabkan dandanan rambut lebih susah dan tidak kemas.
Biasanya dari mana kamu mendapat inspirasi?
Majalah! Saya masih membeli dan mengumpul majalah sampailah ke hari ini. Biar pun lebih mudah mengakses idea secara digital tetapi perasaannya berbeza bila melihat gambar yang dicetak.
Bagaimana kamu meraikan small wins?
Meluang masa bersama teman-teman rapat.
Apakah konsep atau mesej yang mahu disampaikan menerusi dandanan kamu untuk penggambaran ini?
It’s all about expanding. Saya harap EH! dan saya takkan berhenti melakukan apa yang kita suka, dan terus berkembang menerusi kreativiti untuk menjadi inspirasi kepada semua.
Ucapan istimewa sempena ulang tahun EH! ke-25?
I’m so proud of the team and EH! EH! antara majalah yang mengiringi kembara saya dalam mengembangkan kerjaya saya selama ini. Saya cukup menghargai setiap peluang dan pengalaman yang diberikan. Happy birthday EH! Keep shining!
SYED FAIZAL
Tiga perkataan mendefinisi stail solekan kamu?
Bersih, kemas dan segar.
Apakah identiti solekan kamu?
Bagaimana saya menyolek bahagian mata. The #SyedsKillerEyes way!
Apakah tiga produk atau item yang selalu ada di dalam beg mekap?
Glos bibir, maskara dan juga Blush + Powder Brush dari Syedfaizalbeauty.
Siapa kanvas kesukaan kamu dan mengapa?
Tiada sesiapa. Saya seronok merias wajah sesiapa saja. Happy them happy me.
Apakah trend solekan kesukaan kamu?
Clean girl makeup look dan juga gaya flick liner.
Trend solekan yang kurang digemari?
Pemerah pipi di hidung. Hate it! Seolah-olah selsema.
Dari mana selalunya inspirasi kamu datang?
Dari mana-mana saja. Tidak terhad dari majalah dan platform digital semata, saya juga mengumpul inspirasi dari percutian.
Bagaimana kamu meraikan small wins?
Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat rapat.
Apakah mesej atau konsep yang disampaikan menerusi solekan yang kamu ciptakan untuk EH! Beauty Council?
Versatiliti. I love doing fashion and beauty.
Ucapan istimewa sempena ulang tahun EH! ke-25?
Happy anniversary EH! Dua puluh lima tahun yang sarat kreativiti, menginspirasi kami semua. LOVE!
Tonton video temubual EH! bersama Cody Chua, Syed Faizal dan Athina.
BACA: 10 Produk Kecantikan Pilihan EH! Ogos Ini