Bukan serum biasa-biasa, Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule yang diperkenalkan oleh INNISFREE ini seiring dengan trend kecantikan masa kini iaitu PDRN, bahan kecantikan tular di Korea Selatan. Inovasi baharu ini membuatkan kami sebulat suara mengangkat serum ini sebagai Serum Anti-Penuaan Pilihan!
PolyDeoxyRiboNucleotide atau singkatannya PDRN adalah bahan yang sedang mencuri perhatian dan tular di Korea Selatan dek keberkesanannya dalam mencantikkan kulit. Ia adalah bahan yang diekstrak dari fragmen genetik atau DNA sel salmon, dimana ia bertindak sebagai healing booster untuk meningkatkan ketahanan kulit, menjadikannya lebih anjal, lembap, mulus dan menyamaratakan ton kulit.
INNISFREE menemui formula baharu yakni PDRN Teh Hijau™ baharu yang memberi manfaat dan kesan lebih baik berbaik PDRN salmon. PDRN Teh Hijau™ ini diformulasi menggunakan teh hijau dari Dolsongi Field yang terletak di Pulau Jeju, Korea Selatan yang lebih mesra kepada kulit dan alam sekitar.
PDRN Teh Hijau™ Atau PDRN vegan dalam ampoule ini yang juga dikenali sebagai lactobacillus lysate yang diekstrak daripada bakteria asid laktik. Ia mempunyai kesan yang sama seperti PDRN salmon yang mana ia boleh menyerap lebih dalam ke lantas menjadikan impian anda untuk memiliki kulit yang anjal, diperbaharui serta terhidrat sempurna dan pastinya lebih muda satu kenyataan.
GABUNGAN RETINOL
Bukan hanya dengan bahan hebat seperti PDRN, serum ini juga tambah sempurna dengan retinol sebagain gandingan yang cukup bermanfaat buat kulit. Serum dengan cecair berwarna kuning air ini menawarkan penjagaan kulit secara dalaman serta luaran. Kuasanya dalam membelai kulit disempurnakan dengan 1 peratus Triple Retinol Complex yang mengandungi retinol bersama dua jenis retinoid untuk memulihkan tekstur kulit. Bahan ini digabungkan bersama 56 peratus PDRN Teh Hijau™ yang mempunyai formula unik untuk menaikkan seri kulit, menegang serta menganjalkan kulit lantas membuatkan wajah kelihatan lebih muda berseri.
Bahkan PDRN Teh Hijau™ lebih mudah diserap kulit hingga menembusi lapisan kulit lebih dalam berbanding PDRN yang diekstrak daripada salmon. Serum ini juga tidak mempunyai sebarang bahan yang diekstrak dari mana-mana haiwan, bebas paraben dan juga minyak mineral.
Retinol seperti yang kita tahu ia adalah bahan yang berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit. Garis halus dan kedutan antara tanda penuaan yang boleh dipudarkan dengan kesan retinol. Namun, ada juga yang masih was-was mahu menggunakan retinol kerana mereka punya persepsi kulit akan mudah mengalami iritasi apabila menggunakan retinol. INNISFREE memahami perspektif ini jadi mereka amat berhati-hati dalam membentuk formulanya dengan panduan penggunaan yang betul .
Menggunakan teknologi serapan yang lebih rapi dan sempurna, Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule juga dilengkapi dengan formula iritasi rendah (low-irritation formula) yang membantu mencegah iritasi. Formula ini sudah diuji keberkesanannya pada pelbagai jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
APLIKASI MUDAH
Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule ini boleh dijadikan sebagai langkah ketiga dalam rejim penjagaan kulit, lebih mudah kita anggap ia adalah pengganti kepada serum anda. Sapukan serum ini selepas wajah dicuci dan disapu dengan penyegar (toner). Lengkapkan rejim penjagaan kulit anda dengan aplikasi losen pelembap dan krim tabir suria.
Secara klinikal, selepas empat minggu penggunaan, kulit 26 peratus lebih berseri dan 42 peratus perubahan pada saiz pori wajah. Dan area pori wajah juga 39 peratus lebih baik dan pori yang jelas kelihatan sebelum ini 32 peratus lebih mulus. Hasil ujian HUT mendapati 94 peratus kulit lebih anjal, tekstur kulit juga 94 peratus lebih mulus dan 90 peratus keseluruhan pori lebih rapat.
Maklumat lanjut tentangINNISFREE Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule (RM168) ada di pautan INI!