Terdapat pelbagai bedak asas yang tampil dalam variasi tekstur dan juga berlainan kemasan. Namun ada sesuatu tentang Alha Alfa Royal Propolis Luminous Silk Foundation SPF35 yang menjadikannya Bedak Asas (Jenama Lokal) Pilihan EH! dengan inovasinya yang lebih ke hadapan berbanding jenama lokal yang lain.
Alha Alfa Royal Propolis Luminous Silk Foundation SPF35 bukan sekadar bedak asas biasa, ia seperti kawan baik anda, melindungi, menyeri dan buat anda rasa selesa sepanjang hari. Diformulasikan untuk wanita moden yang ingin kulit tampak berseri, sihat dan paling penting bebas cela, bedak asas ini hadir dengan tekstur ringan bak sutera yang menyatu sempurna ke dalam kulit, memberikan litupan yang tahan lama serta hasil akhir yang bercahaya lembut dan semula jadi.
Diperkaya dengan ekstrak propolis semula jadi dan vitamin E, ia bukan sahaja menyamarkan cela pada wajah, malah turut merawat dan melindungi kulit sepanjang hari. Pori-pori terbuka? Kemerahan? Garis halus? Tona tak sekata? Semua itu boleh disamarkan dengan sapuan yang ringan. Ditambah pula dengan formula tahan air dan tak mudah cair, memang sesuai untuk cuaca panas dan lembap di Malaysia.
Apa yang buat bedak asas ini lain dari yang lain? Kandungan bahan aktifnya! Propolis daripada lebah kaya dengan antioksidan, anti-radang dan antimikrob yang dapat bantu kulit jadi lebih halus dan sihat. Vitamin E pula lindungi kulit dari radikal bebas, dan sodium hyaluronate beri hidrasi mendalam, buat kulit rasa lembap dan anjal.
Tambahan pula, bedak asas ini mengandungi trehalose yang bantu kunci kelembapan dan lindungi kulit dari pencemaran, sinaran UV dan tekanan persekitaran. Ekstrak batang anggrek Dendrobium Nobile pula menambah khasiat antioksidan dan kelembapan semula jadi, menjadikan kulit lebih tenang dan segar. Tidak ketinggalan, kehadiran bahan semula jadi lain seperti ekstrak goji berry, echinacea dan lidah buaya melengkapkan formula ini dengan manfaat menyeluruh untuk penjagaan kulit wajah.
Paling penting, bedak asas ini sesuai untuk semua jenis dan tona kulit, terutamanya untuk wanita Malaysia yang berbilang bangsa. Ada lapan pilihan tona untuk dipadankan dengan mudah, dan siap ada SPF35 untuk lindung kulit dari matahari. Jadi, melangkah keluar rumah pun rasa yakin, tanpa rasa ragu!
Jika ingin melihat ton yang ditawarkan oleh Alha Alfa Royal Propolis Luminous Silk Foundation SPF35 (RM59.90 setiap botol), boleh klik pautan ini!