Kalau sebut tentang produk penjagaan rambut, satu nama yang terus terlintas di fikiran EH! adalah Schwarzkopf Professional. Dalam dunia kecantikan rambut, jenama ini tidak pernah gagal penuhi standard salon. Dan kali ini, mereka kembali dengan satu inovasi yang benar-benar mencuri tumpuan, Fibre Clinix Bondfinity Light Oil. Inilah Minyak Penjagaan Rambut Pilihan EH! tahun ini.
Berbeza daripada minyak rambut biasa yang kadang terasa berat dan melekit, Fibre Clinix Bondfinity Light Oil menawarkan sentuhan yang sangat ringan dan menyerap pantas, sekaligus memudahkan rutin penjagaan rambut harian dengan hanya dengan satu titisan sahaja. Rambut yang sebelum ini kusut, kasar dan mudah rosak boleh berubah menjadi lebih lembut, berkilau dan sihat. Seolah-olah baru selesai menjalani rawatan profesional di salon, walaupun hakikatnya anda hanya berdiri depan cermin di rumah.
Rahsia kehebatan light oil ini terletak pada teknologi bondfinity yang terkandung dalam formulasi uniknya. Ia mengunci semula keratin asli rambut, memperbaiki kerosakan dari dalam dan memperkukuh setiap helaian rambut. Dengan hasil yang terbukti, rambut menjadi 10 kali lebih kuat dan kerosakan sehingga 90 peratus dapat dipulihkan.
Teksturnya yang ringan langsung tidak melekit-lekit, sesuai untuk semua jenis rambut, termasuk yang selalu digayakan dengan alat penggayaan rambut seperti pengering rambut atau alat pelurus yang berhaba tinggi. Malah, light oil ini memberikan perlindungan sehingga suhu 230°C. Jadi, tidak perlu risau lagi bila guna curler atau hair dryer setiap hari kerana ia mampu memulihkan rambut secara konsisten, mudah, efektif dan menyenangkan, sesuai untuk anda yang mahukan rambut yang sihat tetapi tidak mahu rutin yang leceh.
Letak satu botol di meja solek, dan biar rambut anda mengucapkan terima kasih setiap hari. Klik pautan INI untuk informasi lanjut tentang Fibre Clinix Bondfinity Light Oil.
Artikel Berkaitan: Temubual #EHksklusif Bersama Lesley Jennison, Duta Warna Global Schwarzkopf