Loveshine nama yang cukup ikonik dalam dunia YSL Beauty, dan kini ia kembali mencuri perhatian dengan nafas baharu yang lebih segar, lebih juicy dan lebih bold. Memperkenalkan YSL Loveshine Plumping Lip Oil Gloss, not just another gloss—ini adalah glam statement dalam satu sapuan sekaligus menjadi Glos dan Pelembap Bibir Pilihan EH!
Bayangkan bibir kelihatan lebih penuh, lebih berkilau, dan glowing seakan pantulan cahaya di permukaan kaca dengan hanya satu sapuan sahaja, ya, it’s that good!Diformulasi untuk memberikan hidrasi selama lapan jam, lip oil gloss ini memberikan efek plumping segar dan bouncy dengan kilauan semula jadi yang tidak melekit, cukup memikat hingga mata memandang dua kali.
Apa yang menjadikan lip oil gloss ini lain daripada yang lain adalah, teksturnya ringan, tidak melekit, dan memberi sensasi ringan hangat hasil gabungan minyak halia dan lada yang cukup untuk memberi efek mungil tanpa rasa terbakar. Tambahan pula, 95peratus formulanya berasaskan minyak, diperkaya dengan asid hyaluronik dan fig pulp eksklusif dari Ourika Community Gardens milik YSL Beauty sendiri, menjadikan bibir bukan sahaja cantik, tetapi juga dirawat dari dalam.
Dilengkapi dengan aplikator khas yang direka untuk sapuan tepat dan kemas tanpa bersememeh, lip oil gloss ini cukup mudah untuk digunakan sama ada ketika dalam kereta atau saat anda terburu-buru.
Tidak cukup dengan itu, warnanya juga buildable, hadir dalam sembilan rona menggoda daripada ton natural ke ungu yang lebih bold and playful. Anda boleh sapu nipis untuk efek sheer atau lapiskan untuk hasil lebih dramatik. Ia juga memberi shine paling tinggi dalam seluruh rangkaian Loveshine.
Klik pautan INI untuk informasi lanjut produk yang akan buat bibir anda lebih sihat, seksi dan menggoda, apa lagi jika bukan YSL Loveshine Plumping Lip Oil Glos.
Artikel Berkaitan: YSL Beauty Memperkenalkan LIBRE L’Eau Nue Wangian Bebas Alkohol Pertama