EH! dijemput khas oleh Skin Fairy Therapeutics untuk mencuba sendiri rawatan Emsculpt NEO, yang dibawakan khas oleh BTL Aesthetics Malaysia. Juga berpeluang dalam meluangkan masa bersama Magdalene Yene, pengasas pusat kecantikan dan kesihatan Skin Fairy Therapeutics ini sendiri. Berikutan adalah beberapa perkara dan ulasan mengenai rawatan Emsculpt NEO yang anda perlu tahu!
Bagaimanakah Emsculpt NEO Berfungsi?
Emsculpt Neo adalah merupakan sebuah mesin pertama yang menggabungkan dua prosedur kontur badan (penyingkiran lemak dan pengencangan otot) menjadi satu rawatan tanpa pembedahan yang memerlukan masa sekitar 30 minit untuk diselesaikan. Tenaga elektromagnetik berfokus intensiti tinggi adalah tuntutan yang digunakan untuk penekanan otot didasarkan pada teknologi terkenal dan disukai ramai atas keberkesanannya. Emsculpt NEO menggunakan tenaga elektromagnetik untuk merangsang frekuensi tinggi dan pengecutan otot yang kuat pada akar saraf. Gabungan serentak kedua-dua prosedur ini dapat menjimatkan masa, sesuai buat individu aktif yang sibuk.
Rangsangannya yang mendalam memungkinkan rawatan untuk menentang kontraksi dan perkembangan otot dengan cara yang tidak mungkin dilakukan hanya dengan latihan bersenam. Setiap satu sesi rawatan Emsculpt NEO selama 30 minit dapat mencetuskan sekitar 20,000 kontraksi otot, menurut ahli klinikal di Skin Fairy Therapeutics. Ia seolah-olah anda melakukan 20,000 sit-ups! Perbezaan antara Emsculpt Neo dan kaedah sebelum ini adalah dengan pengenalan pemanasan frekuensi radio, yang bertujuan untuk mengurangkan lemak. Frekuensi radio pada dasarnya hanyalah merupakan tekanan elektrik yang sangat canggih, maka ia menghasilkan pemanasan tisu secara besar-besaran dan apabila anda memanaskan tisu, peratusan sel lemak tertentu menjadi tidak senang dan mengalami kematian sel terkawal – jadi ini adalah bentuk kehilangan lemak yang kekal. Proses ini terbukti secara klinikal dengan hasil yang optimum, sekiranya sesi dilakukan secara konsisten.
Apakah Rasa Ketika Rawatan Emsculpt NEO Dilakukan Sebenarnya?
Gabungan kedua prosedur ini dilakukan secara serentak, mungkin berbunyi agak ekstra atau keterlaluan. Apabila menjalani proses tersebut, sebenarnya ia bukan sahaja dapat ditanggung, malah sebenarnya ia cukup menenangkan. Ahli klinikal di Skin Fairy Therapeutics mengatakan bahawa rawatan itu mempunyai intensiti sehingga 100 peratus, tetapi tentu sekali dia akan mengawal intensiti tersebut berpandukan kepada kebolehan setiap individu dalam menerima gegaran kontraksi pada bahagian rawatan di badan. Maka, dengan kontraksi lebih mudah dan pemanasan otot, Emsculpt NEO merupakan sebagai rawatan yang lebih berkesan, menjadikan ia lebih sinergis buat kebanyakan individu.
Apakah Hasil yang Boleh Dinanti-nantikan oleh Pengguna?
Berikutan daripada hasil kajian dan kes yang telah dilakukan oleh Skin Fairy Therapeutics sejak mengetengahkan rawatan Emsculpt NEO, percubaan klinikal ini telah berjaya membantu satu individu mendapatkan kawalan dalam menurunkan berat badan – dan berjaya menghilangkan 30 kg daripada 120 kg sebelum menggunakan rawatan ini (dengan menjalani rawatan intensif, kira-kira dua kali seminggu).
Menurut perkongsian daripada Skin Fairy Therapetics Emsculpt NEO ini dapat menghasilkan peningkatan 25% dalam jisim otot dan penurunan 30% lemak di antara 40 daripada 48 orang yang menjalani rawatan selama tiga bulan. Rawatan yang bukan sahaja memberi impak kepada pengguna, tetapi peranti dan proses Emsculpt NEO ini diluluskan oleh FDA untuk digunakan pada perut, lengan, betis, dan glute (kawasan yang sama dengan Emsculpt yang asli).
Berapakah Kos Rawatan Ini?
Oleh kerana setiap pakej dirancang khas secara khas buat setiap individu, pengguna perlu membuat rundingan untuk mengetahui berapa kos rawatan yang anda perlukan. Namun, ia rata-rata sekitar RM2,500 setiap sesi – dengan potongan diberikan untuk mereka yang melibatkan lebih banyak sesi.
Apa Informasi Lain Tentang Skin Fairy Therapeutics?
Pusat kecantikan dan kesihatan Skin Fairy Therapeutics ini terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Jenama ini menjanjikan pengalaman ekslusif “tanpa rasa sakit” buat setiap pengunjung, dan mereka menawarkan rawatan estetik yang tidak invasif buat wajah dan badan, sebagai aktiviti “me-time” yang memanjakan dalam suasana yang menenangkan. Skin Fairy Therapeutics telah juga dikunjungi oleh selebriti ternama seperti Pelakon Fazura, Diana Danielle, Tong Bing Yu dan usahawan Nina Sabrina Ismail Sabri, Loui Lim dan Melissa Sin.
Layari www.skinfairytherapeutics.com untuk maklumat lanjut.
Artikel berkaitan Rawatan Intensif MASKNE