Pelitup muka mungkin dapat mencegah diri daripada terdedah wabak COVID 19 namun ia memberi kesan kepada kulit wajah terutama jerawat.
Musim pandemik ini kita diwajibkan memakai pelitup muka dan ia mendatangkan kerunsingan terutama pada kulit wajah jenis sensitif. Jika pemakaian secara berterusan, kulit menjadi gatal, kering dan menggelupas.
Maskne bermaksud masalah kulit jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka.
Jangan terkejut jika selama ini, kulit anda berada dalam keadaan sempurna. Tetapi, tiba-tiba kulit bertukar kemerahan. Usah panik! EH Senaraikan beberapa rawatan intensif yang boleh dirawat di rumah sebagai langkah panduan anda.
Sebelum memakai pelitup muka, anda patut cuba langkah ini :
Rutin penjagaan wajah ringkas
Perkara paling utama untuk mengelakkan keradangan kulit wajah adalah membersih kulit wajah dengan betul dan mengekalkan kelembapan. Bersih wajah dengan pH-balanced cleanser sebelum dan selepas memakai Face Mask. Untuk membersihkan minyak, kotoran dan bakteria pada kulit wajah. Jangan lupa pelembap kulit wajah, pastikan ianya bebas wangian, bukan jenis komedogenik.
Tidak memakai mekap
Bebaskan kulit wajah tanpa memakai mekap seperti bedak asas. Kerana ianya akan membuat kulit tidak bernafas dan liang pori akan tersumbat maka terjadilah jerawat pada kulit wajah.
Guna produk penjagaan kulit antibakteria
Oleh kerana, kulit anda terperap dan bakteria mula merebak. Seeloknya anda mencari produk jenis antibakteria dan kandungannya adalah frankincense.
Artikel berkaitan Kebaikan Face Mist