4) Antioksidan dan Makanan Kaya Vitamin
Vitamin dan mineral tertentu, seperti vitamin A, E dan omega-3 sangat baik untuk kulit dan rambut yang sihat. Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral kerana ia bagus untuk kulit yang sihat. Sumber vitamin seperti lobak merah, ubi keledek, labu, kacang dan sebagainya.
Manakala, antioksidan seperti selenium dan vitamin C, juga sangat bermanfaat untuk kulit, kerana ia membantu dalam memerangi penuaan kulit, mengurangkan bintik-bintik gelap. Makanan yang kaya dengan antioksidan ialah tomato, ikan, telur dan kacang Brazil, antara lain.