Satu untuk badan, satu untuk wajah, dua produk baharu dari rangkaian N°1 De Chanel ini membuat belaian diri tambah sempurna.
Sejak diperkenalkan, rangkaian N°1 De Chanel pantas mendapat tempat di kalangan pencinta dunia kecantikan. Selain hal kualiti, rangkaian ini juga datang dengan fromula yang unik dan tersendiri bila mana koleksi ini meyaksikan Chanel memanipulasi kehebatan bunga camelia merah. Malah koleksi ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi koleksi pertama Chanel yang lengkap dengan tiga bahagian yakni penjagaan kulit, alat solek dan juga haruman.
Selepas beberapa bulan dilancarkan, Chanel menambah lagi produk dalam rangkaian ini dengan memperkenalkan Red Camellia Revitalizing Essence Lotion dan Red Camellia Revitalizing Body Serum-In-Mist.
Red Camellia Revitalizing Essence Lotion dimewahkan dengan 96 peratus bahan semula jadi dan semestinya didahului dengan formula unik yang dimanipulasi dari kehebatan bunga camelia merah. Losen ini disapu sebelum anda menyapu serum. Titiskan pada jari dan kemudian ratakan pada wajah dengan teknik menekan jari dengan lembut pada wajah. Bermula dari dagu dan rahang, kemudian tekan pada bahagian pipi diikuti pada bahagian dahi. Dapatkannya di SINI!
Red Camellia Revitalizing Body Serum-In-Mist pula dicipta untuk melembut dan membuatkan kulit nampak lebih ‘tone’. Cara penggunaannya juga saya dapati unik. Anda disarankan mencubit lembut kulit pada bahagian tangan (atau mana-mana bahagian yang ingin anda semburkan semburan ini). Kemudian barulah disembur dan diratakan menggunakan tangan. Boleh dapatkan semburan istimewa ini di SINI!