Terasa bagaikan model-model tersohor lagi seksi sedang berjalan melintasi pentas peragaan Victoria’s Secret saat melayangkan Victoria’s Secret Bombshell Eau de Parfum. Semburan ini amatlah seksi baunya, seseksi namanya juga. Inilah Haruman Wanita Paling Seksi pada deria bau kami.
Siapa yang mahu merasakan dirinya seksi, tak perlu terdedah pakaian sana-sini tetapi hanya perlu menyembur wangianikonik ini. Ya, seksi tidak semestinya pada penampilan luaran tetapi ia juga perasaan dan pemikiran yang boleh terwujud dengan menghidu aroma tertentu. Aroma apakah Bombshell ini sehingga mampu menbuatkan wanita terasa seksi?
Segar berkilauan aromanya bak kuntuman bunga disimbah cahaya mentari. Nota-nota sitrus dan markisa ungu dari Brazil membuka bicara haruman ini degan kesegaran eksotik. Shangri-la Peony segar dari Tibet dan Orked Vanila dari Madagascar yang manis berkrim menjadi jantung haruman ini.
Namun, yang menyumbang kepada aroma bombshell yang berbeza dan aromatik adalah sun-struck pine dari Itali. Aroma ini dahulunya khas untuk haruman lelaki tetapi telah melopori haruman untuk wanita menerusi Bombshell.
Bau-bauan itu diabadikan ketika pohon-pohon Ligurian Pine mendapat pancaran cahaya matahari di waktu tengahari. Gabungan nota-nota ini menjadikan Bombshell haruman fruity floral yang sangat seksi!
Apalah Victoria’s Secret tanpa wajah supermodel menghiasi kempen pengiklanannya dan Candice Swanepol is definitely a bombshell! Tapi seperti yang EH! katakan awal-awal tadi, seksi bukan hanya luaran dan kami pasti there’s a bombshell in every woman.
Istimewa buat anda potongan sebanyak 15% untuk setiap botol pertama Victoria’s Secret Bombshell Eau de Parfum. Promosi ini sah untuk pembelian di butik Victoria’s Secret dan juga secara dalam talian dengan kod promo VSICONIC15. Tawaran ini berakhir pada 31 Julai 2024.
Klik pautan INI untuk memiliki haruman seksi ini yang juga merupakan minyak wangi nombor satu Victoria’s Secret saat ini!