Walaupun musim hujan digemari ramai, namun kelembapan cuaca akan menjejaskan solekan anda sehingga ia menjadi kering dan cakey! Jangan risau, EH! akan kongsikan empat petua supaya solekan anda tahan lama pada cuaca hujan.
Musim hujan ini memberi kesan kepada setiap seorang daripada kita dan salah satunya adalah cara untuk mengekalkan solekan supaya tahan lama. Berikut ialah empat trik terbaik untuk menjadikan solekan anda tahan lebih lama semasa hari hujan!