Jenama kecantikan mewah terkemuka Korea, Sulwhasoo, telah melancarkan dua barisan pencerah tona kulit menggabungkan dua bahan berkuasa, Ginsenomics™ dan Melasolv™. Kembalikan kulit muda dan cerah dengan Sulwhasoo Concentrated Brightening.
Setiap wanita berhak untuk berasa cantik dan yakin dengan kulit yang mereka ada. Setiap daripada kita akan mengalami masalah kulit seperti masalah jeragat, tona kulit tidak sekata dan bintik-bintik gelap mulai kelihatan. Kini, tiba masanya untuk kita miliki kulit idaman dan berseri seperti kulit awet muda.
Sulwhasoo terkenal dengan teknologinya dalam penjagaan muka menggunakan bahan istimewa ginseng. Kandungan mewah ini telah dirumuskan ke dalam barisan kecantikan produk baharu iaitu Concentrated Ginseng Brightening, membantu menegangkan kulit dari dalam ke luar dengan penjagaan anti-penuaan yang berkuasa sambil menyerikan kulit dengan keserian yang mempesonakan. Dirumuskan dengan dua bahan berkuasa pada kulit, Ginsenomics™ dan Melasolv™, ramuan ini adalah jalan penyelesaian kepada kulit dengan meningkatkan daya tahan dan mencerahkan kulit bersama dengan bahan utama, Ginseng.
SULWHASOO CONCENTRATED GINSENG BRIGHTENING SERUM
Serum penjagaan pencerahan ini dirumus untuk menangani masalah utama setiap kulit. Ia memastikan agar kulit anda berada dalam keadaan kekal lembut dan anjal. Dengan kuasa autogenik Ginsenomics™, ia dapat menegangkan kulit dari dalam ke luar dengan bantuan bahan pencerahan, Melasolv™, meningkatkan keserian kulit dan kulit akan kelihatan lebih licin mulus.
Teksturnya seperti milky, mampu menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan kemasan yang licin tanpa meninggalkan rasa melekit pada wajah.
SULWHASOO CONCENTRATED GINSENG BRIGHTENING AMPOULE
Ampoule adalah bahan penting dalam penjagaan kulit, ia dapat menghilangkan bintik-bintik gelap dan kekotoran pada rongga pori di wajah. Memanfaatkan bahan yang sama seperti serum, Ginsenomics™ dan Melasolv™, Ampoule dirapi rumus dengan asid tranexamic, Vitamin C derivatives (EAE) dan asid licorice, menghilangkan bintik-bintik gelap dan menghalang timbulan hiperpigmentasi.
Teksturnya yang watery, Ampoule memberikan sensasi yang menyegarkan, menyuburkan dan melembapkan kulit wajah anda.
Barisan Sulwhasoo Concentrated Ginseng Brightening boleh didapati di butik Sulwhasoo di Suria KLCC, Mid Valley, dan Sunway Pyramid, Lazada, Shopee, ZALORA dan layari laman rasmi Sulwhasoo.my untuk maklumat lanjut.
Artikel berkaitan: Tiga Gincu Pusam Edisi Terhad Lancome Untuk Merai Cinta