DOVE CAMERON
Saya suka solekan ini kerana ia punya vibes serupa dengan persalinan Iris Van Herpen yang digayakan, kedua-duanya penuh fantasi. Jurusolek Kale Teter bermain dengan garisan mata hitam atas bawah dan berekor hujung dan pangkal membuatkan solekan ini edgy. Tambahan pula dengan tampalan kristal,menjadikan keseluruhan solekan ini bagai watak pari-pari di dalam cereka dongeng.