Jika entri minggu lepas EH! memaparkan gaya solekan 2012, pastinya gaya rambut juga tidak ketinggalan. Biarpun trend riasan pada rambut agak terbatas dan berulang, jika selebriti terkenal menggayakannya, sudah pasti ia akan jadi ikutan ramai! Ayuh kita lihat gaya apa yang jadi trend tahun ini!
Rambut pendek:
Tidak dinafikan lagi rambut pendek tampak ringkas apatah lagi mudah digayakan. Lihat saja gadis kecil molek Emma Watson, beliau tampak lebih comel dengan potongan pixie! Jika dahulu Victoria Beckham tampil popular dengan rambut pendeknya, kini heroin Harry Potter pula yang ambil takhta!