Tahun ini, ketepikan jambangan bunga atau kek biasa dan tukarkan penghargaan anda kepada sesuatu yang lebih personal dan mewah dari sephora!
Hari Ibu adalah momen istimewa untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan penghargaan kepada wanita yang telah memberi banyak dalam hidup kita. Apa kata tahun ini, buatkan hadiah Hari Ibu lebih bermakna dengan pilihan produk kecantikan yang bukan sahaja berkesan, malah mesra bajet.
EH! senaraikan lima pilihan hadiah kecantikan dari Sephora, dengan pelbagai pilihan menarik di bawah RM300, pasti ada sesuatu yang sempurna untuk ibu tersayang.
1. Sephora Collection Full Eyes Brush Set (RM90)
Buat ibu yang gemar bersolek, set berus mata ini adalah pilihan hadiah yang sempurna. Dilengkapi dengan empat berus mata asas, kit ini membantu mencipta pelbagai gaya solekan mata, dari tampilan harian yang sederhana hingga gaya ‘cut crease’ yang glamor!
Diperbuat daripada serat sintetik yang lembut, berus-berus ini direka untuk memberikan aplikasi yang sempurna dan mudah diblend. Set ini termasuk eye shadow brush, smudger, serta dua jenis crease brushes yang membolehkan mencipta bayang mata yang lebih berstruktur dan memikat. Selain kualiti yang luar biasa, harga yang berpatutan menjadikan set ini pilihan ideal untuk ibu yang suka tampil cantik setiap masa.
2. AROMATICA Rosemary Scalp Scaling Trial Kit (RM110)
Untuk ibu yang sukakan perawatan rambut, set mini 4-dalam-1 dari Aromatica ini adalah pilihan hadiah yang sempurna. Dirumus khas dengan ekstrak rosemary dan minyak pati, set ini bukan hanya membersihkan kulit kepala, tetapi juga merangsang pertumbuhan rambut sambil menguatkan akar dari dalam.
Set ini mengandungi syampu, scalp scrub, root enhancer, dan berus kayu kecil, memberi pengalaman spa rambut mini di rumah. Hadiah ini sangat sesuai untuk ibu yang ingin manjakan diri dengan rawatan rambut yang menyegarkan, tanpa perlu keluar dari rumah.
3. SEPHORA COLLECTION The Future Is Yours At-Home Spa Set (Holiday Limited Edition) (RM115.60)
Set spa eksklusif ini membawa pengalaman spa mewah terus ke rumah. Dilengkapi dengan 6 aksesori spa lengkap, set edisi terhad ini membolehkan ibu anda menikmati sesi ‘me-time’ tanpa perlu ke spa. Ia merangkumi gua sha, mini roller, patch mata, cooling globe, headband, dan berus badan. Sangat sempurna untuk rawatan wajah dan badan.
Direka untuk memperbaiki tekstur kulit, melancarkan peredaran darah, dan memberi kesegaran menyeluruh, set ini sangat sesuai untuk ibu yang perlukan ketenangan selepas hari yang panjang, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati detik-detik relaksasi di rumah.
4. JO MALONE LONDON Miniature Luxuries Trio Set (RM255)
Hadiah yang sempurna untuk ibu yang sukakan wangian. Set trio mini Jo Malone London ini hadir dalam pouch berpenutup tali, Set wangian lengkap ini sempurna untuk ibu yang ingin menikmati sedikit masa untuk dirinya sendiri.
Hadir dengan tiga wangian mewah yang membawa pengalaman sensory yang unik, english pear & freesia cologne, wood wage & sea salt body crèmedan lime basil & mandarin miniature candle, menjadikannyawangian dan lilin yang sempurna untuk menenangkan diri selepas hari yang sibuk.
5. ESTÉE LAUDER Hero Trilogy Recruitment Set Limited Edition (RM290.00)
Set edisi terhad ini mengandungi tiga produk ikonik dari Estée Lauder untuk memberi manfaat terbaik kepada kulit. Set ini memberi manfaat yang luar biasa dalam meremajakan dan menyegarkan kulit, menjadikannya hadiah yang sempurna untuk ibu yang ingin menikmati kulit muda dan bercahaya.
Mengandungi advanced night repair synchronized multi-recovery complex iaitu serum malam revolusioner yang meresap jauh ke dalam kulit untuk mengurangkan tanda penuaan. Dengan teknologi chronolux™ power signal, serum ini bukan sahaja mengembalikan keremajaan kulit, tetapi juga menguatkan penghalang kulit dalam hanya 4 jam. Terdapat juga micro essence treatment lotion with bio-ferment dan revitalizing supreme+ youth power soft creme di dalam set ini.
Artikel Berkaitan: Skincare Bawah RM50, Ini Yang Patut Ada Dalam Rutin ‘Beginner’