New-norma tidak menghalang dunia kecantikan untuk hasilkan produk terbaru lebih efektif dan selaras dengan permintaan masa kini. EH! Tampilkan barisan jenama solekan hadir dengan pilihan produk terbaru.
NATASHA DENONA KINI DI MALAYSIA
Anda mungkin sudah dapat kabaran mengatakan jenama terkenal telahpun mendarat di Sephora Malaysia. Natasha Denona sudahpun berada dalam dunia kosmetik kecantikan hampir 20 tahun dia yang cukup terkenal dengan skil dalam mencipta never-before-seen formula. Setiap produk dihasilkan menggunakan kandungan berkualiti tinggi sesuai digunakan untuk jurusolek profesional dan penggemar kosmetik.
‘Makeup is the ultimate living art form’
Natasha Denona
Bagi Natasha, ‘Makeup is the ultimate living art form’. Jika anda masih baru mengenali Natasha Denona. EH! Sarankan 2 produk terbaik daripada koleksi penuh ND :
- ND ICONIC EYESHADOW PALETTE
Setiap warna yang dipilih oleh Natasha dan teksturnya cukup lancar dan senang diadunkan warnanya untuk mencipta gaya lebih menyerlah dan terang. Yang pasti bertahan lama. Setiap formula terkandung adalah ikonik kerana tekstur cukup lembut dan buttery.
- I NEED A NUDE LIPSTICK
Jika anda ingin cipta ilusi solekan mata smokey, sememangnya pilihan gincu nude menjadi pilihan. I need a Nude Lipstick pula seperti memakbulkan impian anda untuk miliki gaya sempurna ini. Mempunyai 18 ton warna sesuai mengikut warna kulit dari ton cerah hingga sawo matang. Formula lightweight berkrim mengekalkan kelembapan dan selesa apabila disalap.