PALET MUKA MUDAH LARAS ANASTASIA BEVERLY HILLS
Samada di rumah atau berada di luar serlahkan sinaran wajah anda. Anastasia Beverly Hills perkenalkan produk terbaru yang menggunakan formula easy-to-apply dengan pilihan rona tropikal iaitu Off to Costa Rica dan Italian Summer. Palet multi-tasking ini adalah solusi terbaik untuk anda yang ingin cipta ilham solekan natural atau Glam Look. Face Palette ini termasuklah bronzer, highlighter dan pemerah pipi. Ianya bersifat versatili dan sesuai untuk semua jenis ton kulit. Tekstur buttery mudah diaplikasi dan warnanya pula bertahan lama.