Gambar: healthspablog.org
Ada beberapa perkara yang anda tidak sedar dan sangka ia membawa kesan buruk kepada kulit anda. Apa dia? EH! ada jawapannya.
Terlebih Cuci Muka
Anda fikir semakin kerap anda mencuci muka makin bersih kulit anda. Sebenarnya tidak, kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit. Dan saranan ini adalah untuk anda yang mempunyai kulit berminyak juga, kerana semakin kerap anda mencuci wajah makin banyak minyak terhasil kerana kulit mendapat isyarat kondisi kulit anda kering dan perlukan lebih minyak.
Scrub wajah kasar
Anda sangka dengan menggunakan scrub wajah yang kasar maka makin dalam proses pembersihannya. Tidak! Scrub wajah seharusnya halus dan tidak menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Scrub wajah yang kasar juga boleh menyebabkan pori tersumbat, tompok hitam dan juga kedut. Scrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu. Jangan lebih!
Berjaga malam
Semua orang tahu pabila kita kurang tidur makan wajah akan tampak sembap, kusam dan penat. Jika boleh elakkan menonton TV atau membelek telefon bimbit hingga larut malam kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan kita mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya menyebabkan wajah kusam dan berkedut. Oh ya, anda dinasihatkan tukar sarung bantal anda seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akhirnya melekat ke wajah anda.