Haruman yang dilayangkan ke tubuh badan pasti menjadikan diri lebih selesa untuk ke mana sahaja. Apatah lagi haruman juga penting untuk menyerlahkan imej maskulin selain menonjolkan penampilan diri yang lebih segak dan menawan. Hakikatnya, wangian turut menggambarkan personaliti diri seseorang.
DAVIDOFF CHAMPION EAU DE TOILETTE 50ml Davidoff melancarkan wangian baru, diinspirasi komposisi untuk mendapatkan kuasa dan kemenangan. Wangian yang melambangkan kekuatan mental dan fizikal tentunya yang terbaik buat si juara sejati. Aromanya yang bertemakan sukan begitu jelas pada rekaan botolnya. Berwarna gelap, botol silinder yang diperbuat dari kaca ini dihiasi dengan logam perak bergaya "dumbell". Pastinya botol ini menjadi kegemaran buat mereka yang gemar mengumpul botol wangian yang unik. |
ACQUA DI GIORGIO ARMANI EAU DE TOILETTE 100ml Acqua Di Gio dirumus khas untuk lelaki sejati oleh Giorgio Armani. Dilancarkan pada tahun 1997, ia adalah aroma designer dengan campuran aroma air. Terbaik bagi mereka yang berjiwa environmentalist kerana aromanya yang begitu natural dan nyaman.
|
CLINIQUE HAPPY FOR MAN EAU DE TOILETTE 100ml Aroma yang menyegarkan untuk lelaki! Esennya yang dirumus khas menciptakan keunikan perasaan bahagia buat si pemakai. Aroma serba unik ini juga didedikasikan kepada lelaki yang gemarkan bauan agresif.
|
DOLCE & GABBANA LIGHT BLUE EAU DE TOILETTE 75ml Aroma hangat yang kaya dengan acuan aroma seperti kapulaga dan campuran sensual kayu cendana dan cedar. Suatu aroma yang klasik dan santai dengan sedikit herba, tetapi sangat maskulin.
|