Wardah memperkenalkan Radiant Charge Serum with Cell PowerTM Technology, mengandungi 10% Vitamin C + Asid Ferulik yang kuat untuk melawan bintik-bintik gelap.
Wardah, jenama penjagaan kulit dan kecantikan terkemuka, yang terkenal dengan gabungan sains dan teknologi, memperkenalkan inovasi dalam penjagaan kulit iaitu Wardah Radiant Charge 10% Vitamin C + Ferulic. Diformulasikan dengan Teknologi Cell PowerTM yang canggih, serum ini mengandungi 10% Vitamin C dan Asid Ferulik untuk menembusi lapisan kulit yang lebih mendalam, menangani dan mencegah bintik-bintik gelap yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Hasilnya? Wardah Radiant Charge 10% Vitamin C + Ferulic menjadikan kulit lebih sihat, cerah dan berseri serta bebas daripada bintik-bintik gelap.
Sempena pelancaran produk ini juga, Wardah menganjurkan acara eksklusif pada 9 September 2024 lalu di Blonde Republik Damansara Heights. Acara ini dihoskan oleh Fizza Frizzy dan menghimpunkan pempengaruh kecantikan dan Pakar Penjagaan Kulit seperti Dr Wina, Dr Liyana, dan Dr Ian untuk mendapatkan pandangan yang lebih luas dan menarik tentang penjagaan kulit.
Sains Inovatif Di Sebalik Formula
Sebagai jenama yang memperjuangkan inovasi yang dipacu sains dan teknologi, Wardah telah membangunkan satu kejayaan dalam penjagaan kulit serum. Wardah Radiant Charge Serum merumuskan Vitamin C dan digandingkan bersama Asid Ferulik, memastikan penembusan serum yang mendalam dan keberkesanan maksimum dengan setiap titisan.
Rekaan penutup boleh pusing yang minimalis dan mekanisme pam tanpa udara membantu mengelakkan pendedahan udara, cahaya dan bahan cemar luaran lain, memastikan setiap titisan segar.
Wardah Radiant Charge Serum tidak sekadar memperbaiki tona kulit, ia juga membina semula struktur kulit yang sihat dan merangsang pertumbuhan semula sel baru, tanpa menyebabkan kerengsaan.
Ringan dan Sesuai untuk Semua Jenis Kulit
Dengan tekstur ringan dan lembut yang mudah meresap, Wardah Radiant Charge Serum selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia boleh digunakan sebagai lapisan pertama dalam rutin penjagaan kulit anda, diikuti dengan pelembap atau rawatan lain untuk memaksimumkan kecerahan dan penghidratan.
Wardah Radiant Charge Serum berharga RM41.50, boleh didapati eksklusif di platform e-dagang Tiktok Shop, Shopee dan Lazada. Kunjungi juga Watson dan Guardian di seluruh negara untuk pengalaman secara peribadi. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan program terkini Wardah, layari Laman Web Rasmi Wardah..