Tubuh yang kurus tidak semestinya bebas masalah selulit. Jadi, inilah solusi yang dinanti-nantikan dalam membantu mengatasi masalah selulit.
Bentuk tubuh yang kurus memang menjadi idaman setiap wanita tetapi anda mesti tahu bahawa lekuku tubuh yang langsing, badan yang sihat serta tanpa selulit itulah yang dikatakan body goal.
Dengan teknologi serba canggih masa kini, Clarins akhirnya selepas 22 tahun mengkaji dan mencari punca dan sebab kewujudan selulit, dan akhirnya mereka menemui jawapannya.
Masalah selulit ini sebenarnya terbentuk atas tiga adipocytes yang menyebabkan pengembangan tisu lemak dan kulit. Boleh kata jika anda mengambil jumlah kalori yang tinggi dari tenaga yang diperlukan, adipocytes akan memberikan kesan negatif pada tubuh.
Lemak akan lebih bercambah sekaligus menghasilkan selulit, bahkan pembakaran lemak juga berkurangan. Bukan itu sahaja, adipocyte juga akan meningkatkan pengeluaran fiber dan ini akan mengakibatkan kulit menjadi kasar.
Solusinya adalah Body Fit dari Clarins. Dengan formula terbaharunya yang mengandungi bahan khusus iaitu daun Quince, ia meneutralkan kembali ketiga-tiga jenis adipocyte ini. Selain itu, ia turut diperkaya dengan ekstrak Celosia, Organic Water Mint, Baccharis, Scabious, Horse Chestnut, Sunflower Phospholipids dan minyak Hazelnut yang mengembalikan seri pada kulit.
Ia juga sangat selesa dipakai kerana ia pantas menyerap masuk ke dalam permukaan kulit serta memberikan impak kulit yang licin lagi mulus. Sebaiknya, gunakan teknik urutan untuk memakainya kerana tubuh akan berasa lebih ringan sesudah menggunakannya.
Menurut Nana Al-Haliq yang juga seorang jurulatih kecergasan, dirinya lebih gemar memakai losen Body Fit ini selepas mandi. Bahkan, dia juga akan menyapu semula losen tersebut sebelum bersenam dan selepas mandi.
Bagi Nana, dia amat menyukai losen Clarins ini sebelum ia bertukar nama lagi yang mana sebelum ini ia dipanggil Body Lift. Katanya produk ini ternyata menjadikan kulitnya lembut dan lebih tegang terutama sekali pada bahagian perutnya.
EH! cadangkan tiga senaman ini, dan anda boleh lakukannya di rumah untuk menegangkan otot di bahagian bawah selulit yang mampu memberikan kulit lembut. Amalkannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
1. Step-ups
Step up di atas bangku atau bangku senaman, kemudian step down dengan kaki yang sama. Lakukannya sebanyak 20 kali.
2. Lunges
Berjalan secara efektif untuk mensasarkan pada otot di bahagian lower-body. Ambil satu langkah besar ke hadapan dan rendahkan tubuh anda supaya kedua-dua belah lutut melutut 90 darjah, dan kembali pada posisi asal. Lakukannya sebanyak 30-50 kali.
3. Squat
Lakukannya sebanyak 50 kali, meletakkan berat tubuh pada bahagian tumit dan pastikan belakang badan anda menegak ketika anda merendahkan pinggul (seakan duduk di kerusi). Cuba untuk rendahkannya sehingga bahagian paha anda selari dengan lantai. Jangan biarkan lutut anda melepasi jari kaki.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai #getfitBodyFit? Layari link ini untuk ketahuinya. Anda juga boleh cuba sendiri kehebatan BodyFit di sini.