Label gubahan bunga lokal, BloomThis menjalin kerjasama dengan jenama fesyen dan haruman tersohor, Coach dalam mencipta pemberian bingkisan yang lebih indah hujung tahun ini.
Bloomthis, pakar penggubah bunga dalam talian pilihan ramai menjalin kolaborasi bersama jenama terkenal, Coach dalam mencipta pengalaman pemberian bingkisan tambah indah dan ‘harum’. Jalinan kerjasama ini berlangsung sempena pelancaran haruman terbar, Coach Dream Sunset.
Menariknya kisah disebalik inspirasi pembikinan haruman ini ialah ia adalah satu terjemahan kepada kisah dua sahabat baik yang berpergian ke luar Bandar dengan menaiki kereta dan dari kembara itu mereka mula memasang tiga impian. Mimpi-mimpi mereka berdua ialah menghasilkan satu lukisan yang boleh dianggap sebagai satu karya agung (masterpiece), menganggotai kumpulan muzik dan semestinya jatuh cinta dan punya pacar.
Idea kolaborasi ini juga merupakan salah satu cara BloomThis mendefinisi semula pengalaman pemberian bingkisan khususnya jambangan bunga kepada insan tersayang, baik kekasih, teman mahupun keluarga. Sudah enam tahun BloomThis mencuba pelbagai ilham untuk menambah variasi memberi tanda ingatan.
BloomThis tampil dengan empat idea gubahan bunga untuk menyempurnakan kolaborasi ini, dan empat ilham itu dinamakan sebagai Roadtrip Dusty Pink Gerbera, Dream Lilac Rose, Journey Coral Kenya Rose dan Sunset Coral Anthurium.
Kolaborasi bersama Coach sebagai satu jenama yang sudah terkenal dan diakui kualitinya adalah satu pencapaian buat BloomThis. Bagi mereka kerjasama ini adalah satu peluang yang diintai oleh mana-mana pengusaha lokal, kerjasama antara jenama tempatan dan antarabangsa.
Baca: Instalasi Coach ‘Give A Little Love’, Menghembus Nafas New York ke Kuala Lumpur