Pelakon Indonesia yang dilahirkan dengan nama Diandra Paramita Sastrowardoyo ini merupakan antara nama yang membawa kepada kegilaan filem dari seberang suatu masa dulu. Filem Ada Apa Dengan Cinta? mencipta fenomena tersendiri di negara kita seterusnya menjulang nama Dian Sastrowardoyo yang masih muda ketika itu. Kehebatannya sebagai seorang pelakon diperkuatkan lagi dengan anugerah demi anguerah yang diterima bagi menghargai bakatnya.
Kini di usia 32 tahun serta bergelar seorang ibu, kesibukan menguruskan keluarga bukanlah penghalang baginya untuk mengekalkan kecantikan. Ianya terbukti dengan kulit wajah yang halus serta putih berseri dimilikinya, ditambah dengan wajah ceria serta senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Kecantikannya ternyata mempesona serta memukau mata yang memandang.
Tidak hairanlah banyak produk kecantikan yang ingin menyuntingnya untuk menjadi duta mereka. Yang terbaru, dia mengikut jejak langkah nama besar seperti Jennifer Lopez dan Beyonce dengan menjadi jurucakap jenama L’Oreal Paris.
Dian mewakili wanita Asia yang rata-rata mempunyai masalah kulit kusam serta berminyak. Cuaca yang tidak menentu terutamanya di negara kita, menyumbang kepada permasalahan kulit.
Baru-baru ini, L’Oreal Paris telah mengeluarkan satu produk baru diformulakan khas buat wanita Asia iaitu L’Oreal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++ yang mampu membuatkan anda kelihatan segar, berseri serta menutup liang roma yang mampu bertahan sehingga 12 jam lamanya.
Lupakan wajah kusam tidak sekata kerana produk baru dari L’Oreal ini memberi keseimbangan kepada kulit anda tanpa kelihatan berminyak walau cuaca kering dan lembap seperti di negara kita. Produk ini juga membantu untuk menutup ketidaksempurnaan di wajah anda dengan bertindak seperi bedak asas tekstur yang ringan. Ia juga dilengkapi dengan perlindungan sinar UVA/UVB yang sememangnya amat penting untuk wanita Malaysia.
Mat Magique ini juga dilengkapi dengan L’Oreal Paris Color Riche Moist Matte, iaitu rangkaian gincu bibir dengan pilihan 8 rona warna yang mampu untuk bertahan sehingga 4 jam. Inilah antara rahsia kulit secantik Dian Sastrowardoyo untuk kelihatan segar dan bersih serta kulit bebas minyak sepanjang hari.