Selain bunga dan coklat, rasanya minyak wangi juga dikira sebagai item paling sinonim dengan hari kekasih.
EH! bariskan lima haruman baharu yang boleh anda sembur untuk janji temu Valentines tahun ini.
BURBERRY HER EAU DE TOILETTE
Haruman yang kental dengan semangat flora ini menemukan elemen tradisi dengan kemodenan. Burberry Her manghimpunkan kuntuman peoni bersama-sama nota buah pir dan dinaikkan baunya dengan kelopak-kelopak bunga mawar. Tambah menarik haruman ini juga diperkuat dengan asas bau kayu-kayan dan ditambah pula dengan kacang pistachio hijau.
Jika awak tanyakan kepada saya apa yang saya sukakan haruman ini selain baunya, tentulah kerana botolnya. Ringkas, namun ada kelas. Cukup terselrlah imej moden yang cuba ditonjolkan. Harga bermula dari RM232 dan hadir dalam tiga saiz, 30,50 dan 100ml.