MISS DIOR EAU DE PARFUM ROLLER-PEARL PORTABLE
Miss Dior, haruman ikonik (juga haruman pertama Dior) kini hadir dalam versi roll-on. Saiznya yang kecil bakal menjadikan ia pendamping setia wanita ke mana sahaja. Luncurkan pada leher dan pergelangan tangan untuk menyuntik kesegaran.
Menariknya, Peter Philips yang juga pengarah kreatif dan imej Dior Makeup turut melengkapkan versi istimewa ini dengan melengkap dengan satu kit solekan mini sebagai pelengkap riasan bertemu si dia. Kit solekan ini tampil dengan tiga warna pembayang mata, Satu warna gincu dan pemerah pipi. Menariknya kit edisi terhad ini juga hadir dengan pewarna atau pengilat kuku. Boleh dapatkan di sini.