MARC JACOBS PERFECT INTENSE
Haruman yang dilancarkan dua tahun lalu diinspirasikan daripada tatu di pergelangan tangan Marc Jacobs sendiri ‘Perfect’. Malah ‘iam perfect as I am’ juga adalah mantra hidup pereka yang berpangkalan di kota New York itu. Berpandukan perkatan ‘magis’ itu Marc mengolah sebuah haruman yang berona keemasan, yang menemukan kayu cendana, badam dan bunga melati. Marc mendapatkan khidmat pakar pembuat minyak wangi, Domitlle Michalon-Bertier untuk menyempurnakan haruman ini. RM411 (50ml) dan RM506 (100ml).