Chloé Eau de Parfu Naturelle
Chloe menyuntik keistimewaan tersendiri apda haruman terbarunya ini dengan menghadirkan kuntuman mawar baharu, Chloe Rose yang dianggap sebagai satu revolusi dalam pembuatan haruman Chloe. “Chloe Rose adalah bunga yang mengocak pelbagai emosi dalaman saya. Ia sangat feminin dan sungguh natural,” kata Michel Almairac, pakar haruman Chloe sendiri.
Menyempurnakan tiap aroma yang terpercik daripada kelalang bersegi ini, Michel menggunakan kuntuman bunga mawar yang dipetik dari Bulgaria, dan kelopak-kelopak ros inilah yang menjadi nyawa dan nadi kepada haruman ini. Bau minyak wangi ini tambah semarak dengan kehadiran neroli, biji anggur hitam dan sitron berserta bauan asas nota sedar.
Miliki pada harga RM303 (30ml), RM443 (50ml) dan RM620 (100ml).