Frédéric Malle Rose Tonnerre
Frédéric Malle menambah satu lagi minyak wangi dalam koleksi ‘Ros’ yang pernah dilancarkan sebelum ini. Haruman yang terbaru ini dinamakan sebagai Rose Tonnerre. Mengagungkan kelopak kuntuman bunga mawar, minyak wangi ini juga disemarakan dengan vetiver, patchouli dan castoreum.
Rose Tonnerre beridentitikan aroma yang cukup misteri, tambah-tambah lagi pada waktu malam membuatkan jenis ros ini sangat eksotik dan unik. Haruman ini adalah pilihan tepat bagi anda yang gemarkan sesuatu yang bersifat maskulin, bold baunya namun masih diserikan dengan elemen feminin dengan kekuatan aroma bunga mawar.
Boleh didapati di butik Ken’s Apothecary, RM855 (30ml), RM1,125 (50ml) dan RM1,595 (100ml).