Bulgari Rose Goldea Blossom Delight Eau de Toilette
Satu lagi haruman yang mengangkat bunga mawar sebagai ramuan agung. Bvlgari memperkenalkan Bulgari Rose Goldea Blossom Delight Eau de Toilette, dan seperti selalunya jenama perhiasan mewah Itali ini akan merujuk batu-batu permatanya sebagai inspirasi buat minyak wanginya. Haruman ini juga adalah interpretasi lebih ringan, terjemahan daripada Bulgari Rose Goldea Blossom Delight Eau de Parfum.
Selain kuntuman bunga mawar haruman ini juga diserikan dengan kehadiran bunga peoni, kayu sedar, musk putih dan uniknya dimaniskan dengan kehadiran bau anggur.
Bulgari Rose Goldea Blossom Delight Eau de Toilette hadir dalam dua isipadu, RM487 (75ml) RM405 (50ml). Boleh didapati di Sephora dan laman Zalora.