Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush, RM98
Rare Beauty yang diilhamkan Selena Gomez mendapat respon yang bagus. Malah ramai juga teman-teman model saya yang menyukai jenama ini. Antara yang mereka suka ialah pemerah pipinya. Himpunan pemerah pipinya tampil dalam dua kemasan iaitu pusam dan dewy. Titikkan dua tiga titis tulang dan buah pipi kemudian mesrakan dengan jari untuk efek lebih smula jadi. Atau boleh gunakan berus jika itu lebih menyelesakan.
Jika ditanyakan kod warna pilihan EH!, kami sarankan ‘Bliss’, warnanya memang nampak garang tapi cantik untuk anda yang berkulit gelap. Kuncinya, anda perlu bijak mesrakannya dengan kulit. Boleh dapatkan di Sephora.
Baca: 18 Gincu, 18 Pensel Bibir Terbaru Dari Anastasia Beverly Hills