Oh Oktober sudah tiba, dan kami memilih lima item terbaru dari Lush khusus meraikan ketibaan Halloween nanti.
Pejam celik pejam celik kita sudah pun sampai ke bulan Oktober. Bulan 10 meriah dengan pelbagai aktiviti dan keraian, antaranya meraikan bulan kesedaran barah payudara dan yang pasti ditunggu-tunggu Halloween pada hujung bulan nanti. Selepas beberapa bulan ‘terkurung’ dek PKP, rasanya ramai yang mahu all-out meraikan Halloween tahun ini.
Lush, jenama penjagaan diri yang chic and fun, meraikan kedatangan bulan yang meriah dengan pelbagai kostum ini dengan item-item menarik, baik dalam bentuk, rupa dan baunya. Ini barisan lima item pilihan EH! untuk anda cuba di Lush. Mula dijual secara atas talian bermula 1 Oktober dan di butik Lush keesokan hari.
Ghostie Bath Bomb
Soooky but make it cute. Jika anda menggemari bau buah-buahan tropika, ini hadiah buat kamu. Bath bomb berbau segar ini membawa diri anda ke dunia berbeza bila mana ‘Ghostie’ memercikkan warna pelangi dalam kolam mandi anda berserta bunyian air meletup-letup.
Screamo Bubble Blower
Saya suka yang ini. Bagi saya ia satu item yang sangat fun. Peniup buih ini cukup wangi dan didatangkan dengan blower rupa ikon hantu ‘Scream’. Beli banyak-banyak dan berseronok meniup buih dengan kawan-kawan anda. Halloween has never been so much fun.
Alien Bubble Bar
Ayuh berlepas ke angkasa lepas dengan bermain buih berbau segar berserta air yang mengalir dalam warna neon lantas membuat aroma sabun mandian ini semakin mengharum. Sambil berendam nikmati lagu-lagu seram, barulah mencabar.
Monster Octopus Shower Jelly
Sesetengah orang mungkin berasa geli dengan jeli ini, lembik. Tampil dalam rupa sotong kurita, jeli ini menghasilkan bau buah-buahan. Golek-golekkan pada permukaan tubuh, leher dan tangan, terasa geli tapi membuatkan pengalaman mandian yang menyeronokan.
Trick or Treat Lip Scrub
Ini satu lagi item yang saya suka (saya memang obses dengan skrub bibir). Siapa yang tidak suka memiliki bibir lembut, merah-merah dan lembap. Halloween ini Lush hadirkan dengan skrub bibir yang rasanya agak masam. Gosokkan pada bibir dan berseronoklah dengan warnanya. Hasilnya bibir lebih lembut dan lembap, tiada kesan kering dan kuping-kuping.