Maybelline yang memiliki jutaan peminat seluruh dunia, kini menampilkan barisan model dengan wajah dan karakter yang begitu bertenaga dalam memperkenalkan koleksi kosmetik baru!
Siapakah mereka? Usah tunggu lagi, choose tab untuk melihat wajah dengan solekan eksentrik dan wild serta hasil fotografi menakjubkan ini.
[tab:Si Pencuci Diva]Si Pencuci Diva
Siapa kata mencuci tandas tidak membuatkan anda glamor? Model jelita, Julia Stegner benar-benar membuktikan tanggapan itu mampu ditepis jika and tahu menggayakan mengikut trend fesyen terkini! Kasut Gucci, dress daripada Marchesa dan sut badan latex Atsuko Kudo serta solekan hangat Maybelline berjaya menghidupkan ‘watak’ yang dibawa Julia. Adakah gaya ini yang disukai anda? Jangan lupa menyertai peraduan ‘Undi Gaya Solekan Pilihan Anda’ dan anda berpeluang memenangi kosmetik Maybelline bernilai RM200!
Kenneth Willardt, Jurugambar
Seorang lagi insan kelahiran Denmark yang penuh kebijaksanaan dalam bakatnya dan memenuhi impian terpendam di Amerika Syarikat iaitu Kenneth Willardt. Mempunyai pengalaman luas sepanjang bergelar jurugambar, Kenneth sudah berkecimpung lebih sedekad lalu dalam merakam kecantikan dan fesyen.
Titian perjalanan kariernya merangkumi pengalaman sebagai jurugambar di syarikat kecantikan terkenal dunia juga halaman editorial dalam beberapa majalah fesyen terbaik. Kenneth juga diminati ramai selebriti hingga terpilih untuk bekerjasama dengan beberapa artis Hollywood terkenal seperti Beyonce, Sarah Jessica Parker dan Eva Longoria. Kini, Kenneth sudah lima tahun bekerjasama dengan Maybelline.
“Sebagai jurugambar untuk projek Maybelline ini, saya berasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada antara projek paling diimpikan dalam industri ini. Saban tahun kami melangkah ke hadapan dan setiap kali itu juga kreativiti kami berkembang. Pasukan ini sememangnya seronok untuk bekerjasama dan saya rasa ia boleh dilihat dalam setiap gambar yang terhasil. I look forward to the next project and more fun times with the Dream Team. Terima kasih, Maybelline!” |