Maybelline yang memiliki jutaan peminat seluruh dunia, kini menampilkan barisan model dengan wajah dan karakter yang begitu bertenaga dalam memperkenalkan koleksi kosmetik baru!
Siapakah mereka? Usah tunggu lagi, choose tab untuk melihat wajah dengan solekan eksentrik dan wild serta hasil fotografi menakjubkan ini.
[tab:Si Pereka Pop]Si Pereka Pop
‘Pangsapuri’ yang penuh dengan rona meriah diiringi konsep pop nan ceria, seolah-olah kelihatan sempurna dan lengkap dengan kehadiran model berwajah eksotik, Shu-Pei Qin. Lihat saja solekan dan dandanan rambut yang digayakan Charlotte Willer, jurusolek Maybelline yang kaya dengan idea kreatif dan inovasi. Mungkin juga solekan ini mampu menjadi inspirasi buat anda untuk menghadiri parti pop! Jika gaya ini menjadi pilihan, jangan lupa untuk menyertai peraduan undi gaya solekan pilihan anda dan anda berpeluang memenangi kosmetik Maybelline bernilai RM200.
Charlotte Willer, Jurusolek
Sentuhan magis Charlotte Willer sememangnya mengagumkan. Bukan sahaja solekan yang ditunjukkan Charlotte kelihatan kemas dan menawan, malah solekan berbentuk artistik tidak menjadi masalah buatnya. Buktinya? Lihat sahaja solekan pada model ini! Tidak hairanlah mengapa namanya sering menjadi sebutan sama ada untuk komersil bagi jenama kecantikan dan fesyen terkenal dunia, selebriti, editorial mahupun Minggu Fesyen |
.
Dilantik secara rasmi sebagai Jurusolek Global Maybelline sejak kira-kira tiga tahun lalu, Charlotte yang berasal dari Denmark memulakan kariernya sejak lewat 80-an. Bakatnya yang membawa Charlotte ke pelbagai negara menjadikan budaya dan pengalaman yang dilalui sebagai sumber inspirasi dalam mencipta hasil kerja yang kreatif. |
“Saya begitu obses dengan projek Maybelline ini kerana ia menjadi ‘kanvas’ untuk menzahirkan kreativiti yang terpendam. Saya berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada team menakjubkan ini yang kini menjadi tugasan paling menarik dalam hidup saya. Saya sukakan kebebasan idea yang diamalkan pasukan ini. Menggelarkan mereka sebagai “Dream Team”, setiap individu saling membantu dengan melontarkan idea untuk melengkapkan setiap ilham, which is very rare!”