Penulis EH!, Izzati Saadin berkongsi rahsia teknik solekan bersama anda agar wajah tampak sempurna tatkala keluar ke pejabat mahupun bersantai bersama teman.
Gambar: seeyouinterest.com
Less Is More
Solekan terlalu tebal hanya akan membuat wajah tampak lebih tua berbanding usia. Sekiranya anda mempunyai lingkaran gelap bawah mata, hanya titipkan sedikit penyamar noda di bahagian yang gelap sahaja, jangan sapukan pada keseluruhan mata lebih-lebih lagi di kawasan kelopak. Kulit yang tidak berat dengan bedak asas dan penyamar noda tampak lebih segar dan lebih muda daripada kulit yang tampak bercapuk dengan bedak, cuma pastikan kulit anda sihat dan dihidrat sempurna.
TIP: Segarkan wajah dengan bilasan air sejuk dan semburkan ‘facial mist’ sebelum memulakan solekan untuk sediakan kulit agar tampil segar sepanjang masa.
Kontur Wajah (Shading)
Salah satu teknik mengaplikasikan shading ke wajah adalah dengan penggunaan bedak asas. Oles bedak asas rona gelap dan cerah pada wajah yang ingin disembunyi dan ditonjolkan. Misalnya, bedak asas gelap pada tepi pipi untuk menonjolkan tulang pipi dan cerah di atas tulang hidung, pipi dan dagu. Ia juga boleh dilakukan dengan menggunakan pemerah pipi.
TIP: Sapuan primer sebelum pemakaian bedak asas menghasilkan solekan yang tahan lama malah ‘shading’ juga kekal sepanjang masa.
Bentuk Bibir
Garis bibir akan semakin pudar sejajar dengan usia, di mana gincu akan lebih mengikut warna darah. Untuk itu, gunakan penggaris bibir bagi gincu tampak terletak sempurna. Jika anda bukan penggemar penggaris bibir, cuba teknik pemakaian pengilat bibir agar tampil mungil. Oleskan gincu terlebih dahulu kemudian diikuti pengilat bibir di bahagian tengah agar bibir tampak ‘juicy’ dan segar!
TIP: Berus lembut bibir anda menggunakan berus gigi setiap pagi untuk hasil bibir yang mulus. Kemudian tekap bibir selepas sapuan gincu pertama, kemudian sapukan buat kali kedua untuk hasil yang lebih kekal dan bebas bibir bebas bercapuk.