Sejujurnya jika ada yang bertanya kepada saya, apakah produk penggayaan rambut yang banyak digunakan oleh pendandan rambut selebriti? Saya berani cakap Schwarzkopf Professional OSiS itulah yang selalu jadi pilihan.
Sepanjang 16 tahun berada di dunia penerbitan, sudah beratus penggambaran saya langsungkan, dan berpuluh-puluh pendandan rambut sudah saya jumpa. Produk Schwarzkopf Professional memang sering saja tersusun di meja solek, khususnya rangkaian daripada OSiS. Dari situ saya tahu produk ini memang lengkap dan versatil dalam mencipta gaya rambut editorial yang kadang-kadang memang tercipta untuk rakaman gaya yang berbeza dari biasa.
Terkini, Schwarzkopf Professional memperbaharui pembungkusan koleksi penggayaan rambut ini. Tampil dalam bekas pelbagai warna, imej OSiS kelihatan lebih segar seiring arus trend semasa. Malah khabarnya pembungkusan ini juga mengambil kira akan hal kelestarian (sustainability).
Apa lagi yang menarik tentang koleksi yang baru ini? Majoriti formula yang digunakan dalam produk-produk OSiS adalah berformulasikan vegan. Produknya juga makin meluas dan punya pengkhususan mengikut efek dan stail rambut yang anda mahukan. Dari gaya messy yang serupa rambut baru bangun tidur ke gaya yang kemas, sleek basah mahupun keriting atau berombak besar.
INI 7 PRODUK DARI RANGKAIAN OSiS PILIHAN EH!
Rangkaian OSiS juga dibahagikan kepada lima kumpulan produk yang memudahkan untuk anda faham fungsi, kegunaan dan efeknya. Dan di sini saya bariskan tujuh produk yang pernah saya cuba, dan juga yang jadi kesukaan pendandan rambut selebriti.
OSiS Flatliner
Kalau anda seorang yang selalu menggunakan alat dandanan berhaba panas seperti pelurus, pengering rambut atau hair curler, semburkan ini terlebih dahulu. Ia melindungi rambut walaupun habanya mencecah 230°C.
OSiS Velvet
Penyembur rambut ini yang banyak kami gunakan baru-baru ini sewaktu penggambaran EH! Top 20. Ia semburan yang punya efek bagaikan emmakai wax, rambut nampak rapi tanpa nampak kejung.
OSiS Session
Jika mahu efek rambut terletak cantik dan penggayaan kekal lama, inilah produk yang mesti ada di meja solek anda. Semburan ini hadir dengan formula extra hold, jadi memang elok sangat jika anda mahukan stail rambut kekal sepanjang hari. Kalau nak tahu, ini juga kesukaan ramai pendandan rambut selebriti.
OSiS Pump Up
Saya ada gunakan ini dan saya rasa jika anda mahukan produk yang punya efek bagaikan anda tidak memakai produk, anda akan sukakan ini. Ia tidak punya efek berkilat, rambut nampak natural kilat namun ia punya efek yang membuat rambut nampak ‘didandan’, tekstur rambut lebih jelas dan ada volum. Sesuai untuk rambut pendek mahupun panjang.
OSiS G. Force
Bagi anda yang sukakan gaya rambut basah sleek, ini mesti ada. Gel rambut dengan efek strong hold ini membuatkan rambut tersiri rapi dan gayanya kekal lama.
OSiS Bounty Balm
Salap ini menyerlahkan lekuk keriting mahupun rambut yang berombak dan dalam masa yang sama memastikan rambut tidak mudah mengerbang (frizzy). Salap ini juga membuatkan tekstur rambut kelihatan bersinar dan kemas. Ia juga boleh digunakan pada gaya rambut yang lurus kerana ia punya efek perapi yang membuatkan rambut kelihatan kemas terurus.
OSiS Grip
Mousse ini punya efek extra strong hold, maksudnya ia memastikan dandanan kekal lama. Saya sendiri ada menggunakannya, kerana rambut keriting memang sesuai memakai mousse. Cara saya gunakan, selepas rambut dicuci, keringkan dengan tuala kemudian sapukan mousse pada rambut. Kemudian keringkannya menggunakan pengering rambut. Boleh lalukan jari pada rambut saat mengeringkan rambut/mousse.
Dapatkan produk dari rangkaian Schwarzkopf Professional OSiS di salon rambut terpilih atau secara dalam talian di Lazada Mall.
BACA: Get Ready With: Eyka Farhana Kongsi Tip Solekan Di Tiktok