Anastasia Beverly Hills Stick Blush, RM145
Tampil dengan lima pilihan warna, pemerah pipi dalam bentuk stik ini disempurnakan dengan tekstur ringan dan mudah diserap kulit membuatkan sapuan tidak meninggalkan kesan melekit. Teksturnya juga mesra disapu pada wajah yang sudah siap bersolek Tanpa meninggalkan kesan capuk. Pink Dahlia, Soft Rose, Latte, Peachy Keen dan Peach Caramel menanti untuk anda pilih untuk disesuaikan dengan ton kulit dan cita rasa anda. Boleh diaplikasi pada wajah menggunakan jari atau berus. Istimewanya boleh juga disapu pada bibir untuk efek bibir kemerahan semula jadi.