
Dior Rouge Blush, RM182
Bagi penggila pemerah pipi, saya yakin anda akan rambang mata jika ke kaunter Dior kerana mereka punya barisan warna yang bermacam-macam. Dior Rouge Blush dibarisi 28 warna untuk disesuaikan dengan semua jenis ton kulit. Warna-warna pemerah pipi ini diinspirasikan daripada warna-warna gincu ikonik Dior sendiri iaitu Rouge Dior. Warnanya pekat dan anda boleh mempelbagaikan efeknya, tipis atau tebal. Himpunan ini juga punya variasi kemasan, dari pusam hingga ke satin.