Bite Daycation Whipped Blush, RM147
Saya sukakan konsep pemerah pipi ini, Bite mahukan anda merasa efek pipi kemerahan dalam nuansa berbeza, efek merah-merah yang nampak sihat, yang seri wajahnya bagaikan orang baru habis bercuti. Pemerah pipi dalam tekstur krim ini juga punya pilihan warna yang tidak tipikal. Saya tertarik melihat warna ‘Hibiscus Blush’ yang punya sedikit ton ungu. Anda hanya perlu picit pada hujung jari dan tepuk-tepuk manja pada pipi untuk memesrakan warnanya. Dipek dalam tiub kecil, molek diisi dalam tas tangan.