Nak senyum lebar segan, gigi makin kekuningan. Mulalah, senyum kelat. Punya gigi putih berseri tanpa sebarang masalah kaviti adalah idaman wanita. Sedikit sebanyak menaikkan keyakinan diri untuk mendekati orang lain.
Tiada masa nak set temujanji dengan doktor gigi bukan alasan untuk anda biarkan gigi terus kekuningan. Terdapat beberapa, tip atau petua yang berguna untuk mengembalikan gigi putih berseri.
Ikuti tip yang EH! Cadangkan jika anda malas nak praktikkan cara tradisional.
Rajinkan Diri Flos Gigi
Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan guna ubat gigi jenis fluoride, jangan lupa flos gigi selepas makan. Anda perlu memastikan gigi dan gusi bebas daripada karang gigi kerana ia menyebabkan kerapuhan gigi.
Tukar Berus Gigi Dengan Kerap
Anda harus menukar berus sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 bulan termasuk jenis elektronik. Ini dapat mengelakkan bakteria yang tidak diingini masuk ke dalam mulut. Dan pastikan berus yang digunakan serasi dengan bentuk gigi.
Lidah Wajib Dibersihkan
Selain menggunakan ubat kumur, lidah juga harus dipandang kira. Guna pembersih lidah setiap pagi untuk membuang plak pada lidah. Mengelakkan bakteria berkumpul dan menyegarkan lagi nafas anda.
Uji Bau Nafas
Anda hanya perlu menjilat belakang tapak tangan dan hidu air liur ketika ia masih basah. Jika berbau, ini bermakna anda perlu mengambil gula-gula jenis mint atau kumur mulut dengan ubat bebas alkohol. Harus diingat, jika ia mengandungi alkohol berlebihan ia boleh mengeringkan tisu dalam mulut.
Gosok Gigi Dua Kali Sehari
Gosok gigi selepas bangun dan sebelum tidur itu wajib! Kerana air liur yang terkumpul menghalang kaviti dan menjadi kering pada waktu malam. Ini menyebabkan gigi mudah terdedah dengan kerosakan. Malah, jika anda membersihkan gigi setiap pagi membantu mengurangkan bakteria, plak, dan nafas berbau.
Artikel berkaitan Lima Bahan Ini Mampu Bantu Putihkan Gigi Dengan Segera